Sanggup beratur panjang demi bebola daging IKEA!

Cik Ju memang tahu ramai peminat tegar bebola daging yang dijual di IKEA tu, tapi waktu sekarang tak sesuai la nak berduyun-duyun semata-mata pasal hidangan ni. Ingat, PKP!  

Berbeza dengan di Singapura, penduduknya sanggup beratur panjang demi hidangan bebola daging dan produk IKEA yang lain sejak minggu lalu. Berhantu betul! 

Cawangan IKEA di Singapura sesak selepas kerajaan mengumumkan penutupan sekolah serta tempat kerja yang tidak penting (non-essential) selama sebulan bermula Selasa, 7 April 2020 bagi membendung penularan COVID-19 di Singapura.

IKEA merupakan antara perniagaan di bawah kategori tidak penting dan keputusan kerajaan untuk melaksanakan ‘circuit breaking’ buat ramai warganya panik. Apa lagi, beratur panjang la warga Singapura nak masuk IKEA sejak Sabtu lalu. 

Apa yang membimbangkan, diorang ni datang dalam kumpulan, siap ada yang bawa anak kecik lagi. Social distancing memang takde lah, face mask pun tak ramai yang pakai! 

Ramai netizen Singapura yang menyindir sikap orang mereka yang pentingkan diri sendiri dengan berkumpul di tempat terbuka sekaligus tidak memahami mengapa perintah penutupan dikeluarkan.

Singapura setakat Ahad telah merekodkan 1,309 kes dengan 6 kematian. 

IKEA Singapura juga tidak menyediakan servis penghantaran makanan sepanjang ditutup selama sebulan dan mungkin kerana sebab ini, rakyat Singapura berpusu-pusu ke IKEA untuk makan meatballs buat kali ‘yang terakhir’ sebelum ia ditutup.

Sumber : Thevocket