Gimnasium merupakan tempat terbaik untuk menjalani senaman tapi ia kalau sibuk sangat tu, takde masa nak ke gym apatah lagi kalau ada anak kecil. 

Tapi, kadangkala badan rasa nak berpeluh sebab kalau berpeluh baru badan rasa sedap sikit. Di sini SW kongsikan jenis senaman yang boleh diamalkan jika malas ke gimnasium.

A picture containing athletic game

Description automatically generated

1. Berjalan 

Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

A person posing for a picture

Description automatically generated

2. Lompat katak 

Melompat seperti katak amat mudah dan lakukannya dalam kiraan 10 saat. Pada masa sama, cuba melompat ke belakang. Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

A person standing in a room

Description automatically generated

3. Tekan tubi 

Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

A person posing for a picture

Description automatically generated

4. Naikkan kaki 

Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.

A person posing for a picture

Description automatically generated

5. Lari setempat 

Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

Image result for Resistance band

6. Squat 

Latihan ini baik untuk kaki dan punggung. Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.

Image result for senaman zumba

7. Tarian rancak 

Menari, senaman yang sangat indah kerana ia juga bagus untuk kesihatan hati. Selain untuk kesihatan, menari juga boleh menaikkan semangat serta menggembirakan.