Sporting habis! polis menari lagu ‘Baby Shark’ hiburkan penduduk semasa lockdown

Kalau sebelum ni kita baca polis pakai helmet covid-19, pocong mengambil alih tugas polis ketika membuat roadblock, semua tu bertujuan untuk memastikan rakyat patuh pada arahan untuk tidak keluar dari rumah.

Tapi yang ni comel! Sepasukan polis Andorra menari lagu Baby Shark dekat tengah jalan! Mereka memasang lagu tersebut dari kereta dan menari di tengah jalan untuk menghiburkan rakyat yang duduk di dalam rumah.

Menurut Gulf Today, tindakan mereka itu juga adalah sebagai tanda terima kasih pihak polis kepada rakyat yg memberi kerjasama untuk terus patuh pada arahan.

Untuk pengetahuan korang, Andorra sebuah negara kecil yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol. Setakat ini, negara tersebut mempunyai 370 kes positif Covid-19 dan 8 kematian.

Persembahan daripada pasukan polis Andorra ini mendapat pujian daripada netizen di seluruh dunia kerana berjaya menceriakan penduduk di saat-saat kritikal ni!

Jangan cakap budak-budak terhibur, orang besar macam kita pun suka dengar lagu Baby Shark tu kan!