Tanda-tanda anak mengalami kemurungan sebab PKP

Kanak-kanak ni naturenya gemar bermain dengan kawan-kawan. So, bila terpaksa berkurung ni, benda tu sedikit sebanyak akan menjejaskan emosi mereka. Tapi, budak-budak bukan macam orang dewasa yang pandai bagitahu kalau stress kan. 

Jadi, ibu bapa kalau boleh kena peka dengan perubahan sikap anak-anak ya. Okay so sini Kak Jah share apa antara tanda-tanda anak tu mengalami kemurungan.

Sentiasa nak melekat dengan ibu bapa

A person standing in front of a window

Description automatically generated

Jika anak sentiasa mengekori, tidak boleh berjauhan, tidak mahu berpisah atau pendek kata sentiasa berkepit dengan ibu bapa di luar kebiasaan, itu mungkin antara tanda gangguan kesihatan mental. Anak mungkin gusar kehilangan ibu bapanya, justeru ibu bapa perlu melakukan sesuatu seperti meluangkan masa bersama-sama, beri pelukan serta ciuman bagi membuatkan mereka tahu anda sayang dan sentiasa ada di sisi mereka.

Perubahan emosi

A young girl in a pink shirt

Description automatically generated

Anak yang kemurungan mungkin akan mula membuat perangai atau sebarang tabiat agresif. Mereka mungkin cenderung melanggar arahan ibu bapa. Emosi mereka juga terganggu seperti mudah marah secara tiba-tiba, cepat merajuk, mudah menangis, lebih gemar mengasingkan diri dan hilang minat melakukan perkara yang disukai. Ibu bapa perlu bertenang dan cuba fahami keadaan tekanan yang dialami anak. Jangan terus memarahi anak kerana ia mungkin akan menjejaskan lagi keadaan kesihatan mental mereka.

Perubahan pola makanan

A person sitting at a table

Description automatically generated

Kanak-kanak yang mengalami kemurungan mungkin akan mengalami perubahan selera makan seperti hilang selera makan dan mengamal pemakanan tidak sihat. Jadi ibu bapa kena perhatikan ya dan jangan paksa-paksa mereka makan. Pujuk mereka dan tanya nak makan apa dan kalau boleh mommies masaklah menu itu ya.

Masalah tidur

A baby lying on a bed

Description automatically generated

Kemurungan boleh membuatkan seseorang itu mengalami masalah tidur. Apabila berdepan tekanan, tidur mereka akan terganggu dan mungkin akan mengalami insomnia sehingga boleh membawa kepada permasalahan kesihatan yang lain.

Tindak balas terhadap keadaan COVID-19 pastinya berbeza dengan individu lain, justeru ibu bapa perlu peka dengan perubahan yang dialami anak bagi membantu mengurangkan kebimbangan dan kegelisahan yang mereka hadapi.