Tak lengkaplah kalau ke Pahang tapi tak singgah makan ikan patin. Paling nikmat bila dapat makan patin tempoyak Pahang. Pergh, kecur air liur! Sebab rasanya yang sedikit berlemak menjadikan ikan ini antara ikan kegemaran semua.

Tapi kalau tak kena cara masak, bau hanyir ikan patin dan lendir masih lagi boleh rasa bila dimakan.

Kredit: Wix

Kalau nak tahu ada beberapa cara dan petua orang dulu-dulu yang berkesan dalam hilangkan hanyir ikan patin ni.

1. Limau

Sama ada gunakan limau nipis atau limau kasturi keduanya memang berkesan hilangkan bau hanyir ikan. Sama ada korang nak sental limau pada badan ikan atau rendamkan ikan dalam air yang sudah diperahkan limau.

Yang penting kena ingat, air tu sekadar cukup untuk tenggelamkan ikan je tau. Limau pun jangan kedekut sangat.

Kredit: lagenda Raja Patin & Baung

2. Cuka makan/asam jawa

Kalau tak ada limau, boleh gunakan cuka makan atau asam jawa. Sama sahaja caranya.

3. Kunyit hidup + garam

Tumbuk kunyit hidup dengan garam sehingga halus dan gaulkan sekejap pada ikan sebelum bilaskan dengan air. Kalau nak goreng, boleh terus gaulkan sekali lagi dengan garam dan kunyit sebelum goreng.

4. Tepung gandum

Lumurkan tepung gandum pada badan ikan patin supaya tepung boleh perangkap lendir-lendir yang ada. Kalau rasa tak rajin nak lumur tepung gandum pada badan ikan, boleh terus rendam ikan dalam air tepung jagung dalam 15 minit sebelum bilas ikan dengan air bersih.

Kredit: Karangkraf

Yang penting sebelum buat cara di atas, kena pastikan dulu ikan patin dah dibasuh dengan bersih. Nanti bila nak basuh, bilas ikan sekali lagi dengan air bersih mengalir supaya kebersihan makanan terjaga.

Lepas ni, kalau beli ikan patin tak perlu dah risau lendir ikan tak habis buang. Nak makan pun sedap je.

Selamat mencuba!

Kredit gambar utama: Wix/NST