Korang mesti suka kan makan sotong goreng tepung. Macam Sis Yana sendiri, asal pergi kedai je tak sah kalau tak order sotong goreng tepung untuk buat ratah-ratah. Dia macam pelengkap teka orang kata.

Sebabkan sis ni suka sangat makan sotong goreng tepung, sis cubalah buat sendiri dekat rumah. Pergh, ingatkan senang jelah. Rupanya langsung tak jadi. Bila masuk je dalam kuali, habis terkeluar sotong tu dari balutan tepung.

Kredit: Rafiza Idayu

Ei, bengang tau. Dah bukan jadi sotong goreng tepung la kan.

Jadi bila dah dua tiga kali asyik tak jadi, sis pun apa lagi. Gunakan teknologi sekarang dan Google sampai dapat tip macam mana nak bagi sotong goreng tepung sis elok je menjadi tak terkeluar dari tepung.

Jadi sis nak share dekat korang. Tak payah cakap, sis tahu korang pun ada masalah yang sama kan? So jom kita mula buat sotong tepung tanpa letup ni.

  1. Lepas je dah siang sotong, korang tapis dulu sotong tu biar air dia keluar. Jangan lupa lumukan dengan sikit bawang putih yang dah ditumbuk untuk elak bau hanyir.
Kredit: Nur Faidha
  1. Masukkan 1 sudu cuka, nak kurangkan pun boleh. Sebab cuka ni fungsi dia sekadar nak kecutkan sotong je. Jadi bila sotong kecut, air sotong tadi akan keluar dengan lebih cepat.
  2. Masukkan serbuk lada sulah, sedikit garam dan gaul sebati. Biar dalam 10 minit.
  3. Untuk salut dengan tepung, celup dulu sotong dalam telur yang dah dipukul sebelum masukkan dalam tepung. Pastikan salutan sebati tau untuk elak sotong meletup.
    Bancuhan tepung agak-agak dalam nisbah sama. Contohnya kalau guna 5 sudu tepung serbaguna, tepung jagung pun kena 5 sudu jugak.
  4. Sebelum goreng sotong, pastikan minyak dalam keadaan banyak dan betul-betul panas. Goreng jangan lama-lama tau, nanti sotong jadi liat.

Dah siap. Guna 5 step je, korang dah boleh buat sotong goreng tepung versi sendiri dekat rumah. Yang penting sotong dibalut cantik dengan tepung.

Kredit: Azi Kitchen

Sis dah cuba, dan Alhamdulillah setakat ni menjadi je. Korang pun jangan lupa cuba tau. Lepas tu sharekan dengan sis dekat komen FB Sinaran Wanita. 

Selamat mencuba!