Wanita hamil 3 minggu ini kongsi bebas pengalaman positif covid-19

Seorang wanita terkena Covid-19 waktu pregnant 3 bulan! Arghh kalau Cik Ju pregnant 3 bulan lepas tu disahkan covid-19, mau menangis Cik Ju! Tak tentu arah dibuatnya!

Cik Ju memang tabik lah dengan wanita ni. Power taw. Dia berazam tak give up dan paksa diri untuk menjadi patient paling sekejap di hospital, nak cepat balik main dengan anak, suami dekat rumah, nak hidup udara luar, driving macam biasa.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @xzAmyxz, dia berkata tiada ubat khas untuk merawat jangkitan wabak tersebut dan setiap orang yang dijangkiti wabak akan menunjukkan simptom berbeza mengikut tahap imunisasi badan individu.

Rawatan yang diberikan akan mengikut simptom yang ditunjukkan seperti jika sesak nafas akan diberikan oksigen, jika muntah akan diberikan ubat tahan muntah dan sebagainya.

Tambahnya lagi, pelawat tidak dibenarkan masuk dan jika pelawat ingin mengirimkan barang atau makanan, petugas akan ambil dan sampaikan kepada pesakit.

Tidak lama selepas beliau dimasukkan ke dalam hospital, suaminya turut disahkan positif dan terpaksa dikuarantin di hospital. Oleh itu, anaknya dijaga oleh adiknya dan jiran tertangga banyak membantu beliau dan suami untuk membeli barang keperluan.

Selepas 12 hari, beliau bebas dari covid-19 dan dibenarkan pulang. Akan tetapi, tidak berakhir di situ kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia datang ke rumahnya untuk buat disinfection spray.

Maknanya kita jangan cepat give up kalau dijangkiti covid-19. buat sesuatu dan tingkatkan semangat untuk terus pulih.

Semoga kita semua sebagai mommies kuat semangat sama macam wanita ni..aminnn