Wanita yang ‘disahkan’ meninggal akibat covid-19, hidup semula

Ini memang gerun, bila hospital dah sahkan pesakit covid-19 meninggal dunia, tiba-tiba seorang wanita, Alba Maruri yang berasal dari Guayaquil boleh sedar dan bangun semula. 

Tapi berita itu sedikit melegakan keluarga terbabit bahawa Maruri masih hidup lagi dan ia menimbulkan persoalan mayat siapa yang mereka telah bakar. 

Dilaporkan sebelum ini wanita tersebut telah dimasukkan ke hospital pada bulan Mac selepas mengalami masalah untuk bernafas dan demam berpanjangan.

Kemudian pihak hospital telah mengesahkan wanita itu meninggal dunia dan keluarganya telah membawa pulang mayat tersebut untuk dibakar. Namun mereka tidak dibenarkan untuk menyentuh atau mendekati mayat tersebut.

Media antarabangsa melaporkan, sewaktu mengambil mayat yang disyaki sebagai Maruri, ahli keluarga beliau hanya melihat bahagian belakang mayat tersebut dan bukan wajahnya.

Anak saudaranya, Jaime Morla, menyatakan bahawa dia menganggap mayat itu adalah ibu saudaranya, dan segera memberitahu pihak hospital kerana terlalu takut untuk melihat wajahnya.

“Saya berada kira-kira 1.5 meter. Dia mempunyai rambut, kulit yang sama. Bahkan, dia juga mengalami luka seperti yang sama seperti ibu saudara saya,” jelas Morla.

Akhirnya, jenazah dibawa pulang oleh keluarga Maruri, kemudian dibakar. 

Dan perkara ini disedari apabila Maruri dilaporkan telah sedar pada Khamis lalu. 

Setelah terjaga, Maruri segera meminta mereka menghubungi saudaranya.

Saudara Maruri, Juan Carlos Ramirez, mendedahkan bahawa selepas wanita itu terjaga, pasukan perubatan segera menuju ke rumah beliau untuk memberitahu kesilapan itu kepada saudaranya yang lain.

“Hingga kini, mereka masih belum tahu mayat siapa yang telah kami bawa dan kami bakar sebelum ini,” kata Ramirez.

uols mungkin berminat baca:
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus