Wow… guna dron hantar no. telefon pikat awek!

 Apa yang Cik Ju perasan, lagi lama kita kena kuarantin, lagi ramai yang jadi makin kreatif. Sebab walaupun kita semua kena duduk rumah, tapi tak semestinya korang tak boleh pikat boyfriend/girlfriend yang korang suka! Haha macam seorang pemuda di Brooklyn, dia sanggup guna dron untuk hantar nombor telefon dia dekat awek yang dia nak.

India Today melaporkan, Jeremy Cohen tampil dengan idea kreatif iaitu menggunakan dron dan dilekatkan sekali dengan nombor telefonnya sebagai tanda perkenalan.

Dia merakam detik mencuit hati itu menerusi aplikasi TikTok sebelum memuat naiknya di Twitter: “Saya tidak percaya helah ini berhasil dan ini adalah kisah benar”.

Video klip bertajuk “Kisah Kuarantin Comel” itu menarik perhatian warganet yang kagum dengan cara Cohen memikat gadis itu.

Wow! Macam tu boleh jadi ye Cohen? Hebat betul kau ni dik… haha

Menurut Cohen, kisah itu bermula ketika dia melihat gadis itu menari dari tingkap rumahnya.

Tertarik dengan gelagat berkenaan, Cohen melambaikan tangan dari balkoni rumahnya sebelum gadis berkenaan melambai kembali kepadanya.

“Melihat maklum balasnya membuatkan saya terus mengambil pen sebelum menulis nombor telefon di atas kertas dan melekatkannya pada dron.

“Saya menerima mesej daripada gadis itu sejam selepas menghantar dron kepadanya,” katanya.

Posting Jeremy itu sehingga kini sudah mendapat lebih 80,000 retweet.

Well Cik Ju doakan agar hubungan korang terus kekal sebab mesti seronok nanti nk cerita dengan anak cucu korang tentang kisah perkenalan yang memang lucu ni kan!?

sumber gambar utama : FMT Ohsem