Sinaran Wanita Bazaar

Sinaran Wanita bakal membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk memulakan atau memajukan perniagaan secara atas talian dengan menyertai platform e-commerce kami. Bazaar akan menjadi satu platform yang membantu pengikut setia halaman Sinaran Wanita mempromosikan produk masing-masing dan juga tanda sokongan kami terhadap barangan lokal. Bazaar ini juga adalah satu cara Sinaran Wanita untuk berkongsi trend yang terbaru dan terkini dengan pembaca setia kami.

Bazaar menyediakan platform untuk peniaga berniaga secara PERCUMA! Semua produk yang dipaparkan telah diuji dan dinilai bagi memastikan ia bersesuaian dengan pembaca Sinaran Wanita. Ini kerana setiap peniaga yang ingin menggunakan platform Bazaar perlu menghantar gambar produk beserta diskripsinya sebelum dikehendaki menghantar sample produk bagi tujuan penilaian oleh pihak Sinaran Wanita. Hanya produk yang mencapai standard yang ditetapkan akan dipaparkan didalam Bazaar. Kami juga memastikan setiap produk di dalam Bazaar adalah berkualiti, halal dan berbaloi.

Sertai Bazaar hari ini dan rebut peluang menjana pendapatan melalui 800K #SWLovers! Sila isi borang di bawah atau email kami di [email protected] untuk maklumat lanjut.