Resepi nasi mandy / nasi mandi atau chicken mandy semakin mendapat tempat di Malaysia.

Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman merupakan salah satu hidangan nasi arab yang mengkombinasikan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab.

Menurut sumber, resepi nasi mandy yang menyebabkan ianya unik adalah cara masakannya di dalam tandoor (iaitu sebuah ketuhar khas tanah liat berbentuk silinder).

Berbanding nasi kabsah, warnanya lebih cerah kekuningan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan resepi nasi ayam mandy simple oleh Norfaryana Nazari yang boleh dicuba di rumah.

Resepi nasi ayam mandy

Bahan-bahan:

  • ½ ekor Ayam 
  • 1 kiub pati ayam
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu ketumbar
  • ½ sudu biji lada hitam
  • 1 biji bawang besar potong 4
  • 1 batang cili hijau/merah potong 2
  • 1 biji tomato potong 4
  • Sesudu garam

Cara-cara: 

  1. Rebus ayam selama 30 minit bersama semua bahan di atas.
  2. Ketepikan ayam dan letak dalam bekas berasingan.
  3. *Simpan air rebusan ayam – sebahagian air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagian lagi untuk sup.
  4. Lumurkan kunyit dan kicap manis pada ayam dan perapkan sekejap.
  5. Lepas tu boleh bakar / panggang sekejap hingga warna keperangan.

Bahan-bahan untuk nasi: 

  • Beras basmathi 3 cawan
  • 1 sudu Planta*
  • Daun kari (jika ada)*
  • ½ sudu jintan manis*
  • ½ sudu biji ketumbar*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • Air rebusan ayam (yang direbus tadi)
  • Pewarna merah / kuning

Cara Memasak Nasi: 

  1. Mula-mula rendamkan beras basmathi untuk lebih kurang 30 minit.
  2. Seterusnya tumiskan bahan-bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras yang direndam dan gaulkan sekitar 1 minit. Lepas tu boleh transfer ke dalam periuk nasi.
  4. Tambahkan air rebusan ayam ikut paras masak nasi yang sesuai.
  5. Masukkan sekali tulang-tulang ayam (kaki dan leher) bersama bahan-bahan dalam sup yang direbus tadi seperti tomato, bawang, lada dan lain-lain.
  6. Masak nasi macam biasa.
  7. Bila nasi dah masak, buka penutup dan titiskan sedikit pewarna kuning dan merah. Gemburkan guna garfu.
  8. Taburkan daun sup / ketumbar.

Bahan-bahan untuk acar: 

  • 4 biji tomato dipotong dadu
  • Timun dihiris halus
  • Kobis dihiris halus
  • Carrot dihiris halus
  • Perahan lemon
  • Garam
  • Gula
  • Cara-cara
  • Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

Bahan-bahan untuk sambal: 

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 biji tomato dihiris halus
  • 2 biji tomato saiz sederhana*
  • 2 batang cili besar*
  • 10 batang cili padi*
  • Garam*
  • Gula*
  • Perahan air asam jawa / lemon*

Cara-cara: 

  1. Kisar semua bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  2. Hiris halus bawang besar dan tomato.
  3. Gaulkan bersama semua bahan hingga sebati.

Ok, bila dah siap beginilah hasilnya… Memang wangi sebab guna macam-macam rempah tadi. Sekali pandang memang boleh terliur dibuatnya!

Itulah antara keunikan hidangan Timur Tengah yang memang ‘kena’ sangat dengan citarasa rakyat Malaysia.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun