Aktiviti lipat baju adalah salah satu aktiviti yang paling ‘seksa’ nak dibuat. Basuh baju, sidai baju dan angkat baju memang tak ada masalah. Tapi bila datang proses nak lipat baju tu… Ah, memang mencabar sungguh!
Disebabkan rata-rata kaum wanita ada masalah ini, ramai yang pilih untuk gantung je semua baju yang mereka ada. Tapi sampai boleh runtuhlah almari tu kalau guna yang bukan dari jenis yang kukuh.
Pss, ada juga yang sanggup biar baju bertimbun dalam bakul! Bila nak guna barulah geledah bakul.
Tapi, kami ada jumpa video yang hanya perlukan dua saat untuk melipat sehelai baju. Bayangkan kalau sehelai baju dua saat, makanya tak lamalah masa yang korang ambil untuk lipat baju nanti.
Apa yang korang perlukan hanya sehelai baju dan permukaan yang rata untuk memudahkan kerja melipat baju.
Caranya mudah sahaja:
- Cubit bahagian atas bahu baju.
- Kemudiannya cubit di bahagian tengah baju. Pastikan garis cubitan selari.
- Tanpa lepaskan cubitan tadi, cubitan di bahu sambungkan dengan cubitan di hujung baju selari dengan garis cubitan tadi. Caranya tangan cubitan di bahu melangkaui cubitan di tengah baju.
- Tanpa lepaskan cubitan, pusingkan baju ke arah korang dan korang akan nampak satu lengan tergantung ke bawah.
- Lipat macam biasa.
Hasilnya, korang akan dapat cara lipat baju macam dekat kedai baju. Menarik kan?
Kalau rasa susah untuk korang faham step atas ni, bolehlah tonton video demonstrasi dekat bawah ni.