Hai ladies! Lately banyak dengar couple2 bersatu kan, yg dlm planning nak nikah/bertunang pun ramai. Kalau pasangan retis cam Intan Ladyana ngan Harris Alif tu tak kisah sgt la, yg menarik perhatian Mommy Jay ni pasal couple muda remaja cam yg kat Kelantan tu. Baru 15 dah jadi isteri org. Ada pulak yg couple umur 16 dah selamat bertunang pun. Wahhh, advance bebudak skang yer. Zaman Mommy Jay dulu, umur 15-16 ni baru nak kenal dunia. Takpelah dik, itu jodoh namanya.
Tapi ramai jugak yg dah masuk 3-4 series dan masih singles! Apa kes?! Mungkin belum berjumpa yang sesuai atau juga memang memilih utk single forever. Pilihan masing2 kan. Cuma kena tadah telinga setiap kali jumpa geng aunties onion kan. Laser diorg ni kenkadang tak leh bawak bincang. Kalau setakat label bujang terlajak atau anak dara tua tu standard la kan. Mana yng tak tahna mesti berdarah telinga.
Mommy Jay rasa skrg trend kahwin lewat ni makin ketara. Maklum lah, terlebih moden. Tapi banyak yg berada dlm situasi ni ari Gen X. Gen Z atau mileniall ni banyak langar jer. Umur bukan halangan dah.
Kenapa masih bujang?
Kalau ikut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sebab kenapa ramai yg memilih atau masih bujang ialah:
- Kewangan kurang stabil
- Tiada/belum jumpa jodoh yg sesuai
- Pentingkan kerjaya
- Trauma dgn hubungan lampau
Ramai yg terperangkap dlm ‘rat race’ kehidupan. Pada yg sedikit tercicir mungkin tak sesenang yg lain jadi nak sara anak org dan ambil tanggungjawab bukan senang yer. Ramai yg bila sampai satu tahap usia dan masih lagi tak mencapai stability kewangan yg diinginkan, diorg baba ikan jer bab perkahwinan ni. Nak jaga diri sendiri pun tak lepas…
Ladies yg memilih utk masing single pulak ada persepsi sendiri tentang perkahwinan. Ramai yg terlalu selesa dgn kehidupan bujang sampai rasa tidak perlu nak ada teman bergelar suami.
Kalau dulu boleh la ibubapa paksa anak mereka berkahwin. Kalau yg dah terlajak usia tu keluarga akan pilih jodohnya. Tapi sekarang dah lain. Semua nak pilih sendiri. Kadang2 sampai jadi macam mustahil nak jumpa dgn pasangan yg tick all the boxes!
Faktor lelaki pilih wanita yg muda pun satu hal. Bila perempuan lebih 30-an jer mulalah dapat tittle anak dara tua, so lelaki lebih cenderung pilih yg muda skit jadi calon isteri.
Mommy Jay tak kisah la uols kahwin awal ataupun lambat, semuanya bergantung kepada pilihan hidup masing-masing. Kahwin ni nak kena sedia mental dan fizikal, bukan boleh main redah. Kan kata nak till Jannah, bukan mahkamah syariah. So ladies, good luck!
Kredit gambar utama: pexels.com