Tak payah risau kalau nak travel ke India sebab dah ada bas “tandas awam” untuk ladies!

Kalau sebut India ni, banyak tempat menarik boleh pergi, Taj Mahal, shopping sari dia murah dan sangat cantik, beza dengan design yang ada dekat Malaysia ni, then makanan mereka yang korang wajib try. 

Cik Ju dah sampai di India, secara keseluruhannya, travel ke sana memang menarik, tapi ekstrim sebab tak ada toilet! Kalau ada pun sikit dan kotor, Cik Ju tahan  je dari nak buang sebarang hajat, (nangis!) 

Keadaan itu berbeza dengan Malaysia sebab kalau kita tengok dekat sini, bersepah tandas yang dibuat sebagai kemudahan untuk kegunaan orang ramai, tak kira lelaki atau perempuan. 

Beza hanyalah bersih dan kotor je sebab ia bergantung kepada kesedaran sivik orang ramai. So kalau jenis pembersih, mereka akan gunakan tandas awam dengan cermat supaya orang lain boleh guna dalam keadaan baik, kalau jenis kencing pun tak flush, memang buat hati Cik Ju sakit sangat! Pengotor taw orang macam ni?

Well dekat India ni mereka tiada kesedaran sivik yang tinggi seperti rakyat di Malaysia, sehinggakan Perdana Menteri mereka, Narendra Modi buat tandas dengan banyak waktu pemerintahan dia. 

Sebab itu lah kaum wanita sangat menghargai setiap pembinaan tandas yang dibuat oleh kerajaan sekarang. 

Dan itu bagus dan pencapaian yang boleh dibanggakan pada Cik Ju! 

Malah menariknya, Perdana Menteri mereka buat tandas bentuk bas yang berwarna pink untuk wanita gunakan, dan boleh susukan anak! Ha menarik kan? 

Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.

“Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya,” kata Dongare, 18.

Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 30 sen kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan “hajat” malah golongan ibu yang nak susukan bayi mereka atau membeli tuala wanita juga disediakan.

Gambar : AFP 

Ia dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari.

Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.

Gambar: AFP

Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program “India Bersih” yang dilancarkan Narendra sendiri. 

Tapi semua itu akan cuba diselesaikan dalam tempoh 5 tahun akan datang, so untuk kaum wanita yang nak pergi travel ke India, lepas ni korang takyah risau, pergi cari bas pink ni untuk korang melepaskan segala hajat yang ada sebab lepas ni mereka akan buat dengan jumlah bas tandas dengan lebih banyak lagi!