Kalau balik kampung, memang selalu ada jeruk limau nipis ni. Selain daripada buat untuk dimasukkan  dalam acar buah, banyak lagi yang boleh dimakan dengan jeruk limau ni.

Contohnya makan dengan mi celup. Memang terangkat dibuatnya.

Kalau nak beli, memang jaranglah orang ada jual. Jadi sebab susah nak jumpa, apa kata korang buat sendiri je guna resepi dari Puan Ami Sue Haji Sanusi ni. Memang mudah je.

Bahan:

  • limau nipis
  • garam/gula
  • cuka makan

Caranya:

  1. 10 biji limau nipis (fresh), basuh limau &, lenyekkan bagi lembut & belah 4 jangan putus
  2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau tu sampai limau bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi. Jangan lama tau.
  3. Angkat dan toskan dulu, bagi sejuk sikit.
  4. Masukkan garam kasar kedalam belahan limau tu lebih kurang ½ sudu kecil
  1. Ambik sesenduk gula pasir larutkan dengan  secawan air mendidih & biarkan sejuk dulu.
  2. Sediakan jugak secawan cuka makan & masukkan limau yang dah diisi garam dalam balang. Susun elok-elok.
  3. Curahkan cuka & air gula yang dah sejuk kedalam balang berselang seli sehingga habis.
  4. Peram/jerukkan limau selama 3 minggu @  1 bulan sebelum makan
  1. Lepas 1bulan blh simpan dlm peti sejuk supaya boleh tahan lama…

Sedap dimakan dengan:

  • nasi panas, buat ulam jeruk…
  • mix dalam acar buah…
  • buat air mix ais & sedikit madu.

Tips:

Lenyek tu bukan sekadar lembutkan, cukup sekadar boleh bagi keluar air pahit kat kulit limau tu jer.

Selamat mencuba!

Sumber resepi & kredit gambar: Ami Sue Haji Sanusi