Apabila bercakap mengenai produk kecantikan, sudah pasti ia terdapat pelbagai jenis jenama dan produk yang ada di pasaran. Tetapi tahukah anda, produk kecantikan dari Korea Selatan ini yang selalu menjadi perhatian ramai? Sememangnya betul! Ini kerana efek dan penampilan pada sang wanita setelah menggunakannya adalah sesuatu yang setiap wanita idamankan. Ia memberi efek kulit atau wajah tampak berseri, lembut, bersih, licin, tegang dan anjal.

Kedai kosmetik terkemuka di Malaysia, AINZ & TULPE telah membuat pelancaran eksklusif dan membawa masuk Hince, jenama terkenal dari Korea Selatan yang dikenali dengan konsep solekan berlandaskan mood (mood-narrative) dimana ia menyerlahkan kecantikan semulajadi pengguna.

Beberapa produk Hince yang dibawa masuk ialah True Dimension Radiance Balm, Second Skin Mesh Matte Cushion, Second Skin Glow Cushion & Raw Glow Gel Tint

True Dimension Radiance Balm adalah pelembap kulit yang dapat memberikan kilauan halus dan lembut, sesuai untuk menyerlahkan mata, pipi atau kontur wajah. Ia tersedia dalam pilihan seperti Light, Clear dan Dawn Ray.

Sekiranya anda mencari produk yang dapat memberikan perlindungan sempurna dan tahan lama, anda boleh cuba Second Skin Mesh Matte Cushion. Bedak asas ini dapat membuatkan kulit anda terasa ringan, licin tetapi masih memberikan kemasan matte yang halus & berseri. 

Selain itu, anda juga boleh cuba Second Skin Glow Cushion yang memberikan perlindungan dengan kelembapan melalui 62% esen, jadi kulit anda akan tampak berseri dan segar sepanjang hari. 

Terakhir, lengkapkan solekan anda dengan Raw Glow Gel Tint. Gel tint ini boleh disapu pada bibir dengan mudah dan menyerikan bibir dengan warna semulajadi. Ia dapat memberikan kelembapan tahan lama dan penampilan yang segar. 

Semua penggemar kosmetik kecantikan dijemput untuk mengunjungi AINZ & TULPE bagi cuba sendiri rangkaian lengkap produk HInce ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.ainz-tulpe.com.my/, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024, and ikuti kami di laman sosial: