Enfagrown Bantu Menyerlahkan Tahap Kecerdasan Kanak-Kanak Lebih Tinggi

Seramai 27 finalis yang berusia 1 hingga 6 tahun bagi mempamerkan keupayaan kognitif mereka berjaya sampai ke Peringkat Akhir Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge anjuran Mead Johnson Nutrition Malaysia di Petrosains KLCC baru-baru ini. 

Lima tahun pertama kehidupan bagi seorang kanak-kanak adalah tempoh kritikal perkembangan otak, di mana hampir 90% otak kanak-kanak terbentuk dengan lebih sejuta hubungan neuron berlaku setiap saat. Ia memupuk tahap kecerdasan lebih tinggi – yang mana menyerlahkan peranan kelajuan pemprosesan otak yang pantas dalam pembelajaran, penyelesaian masalah, dan kebolehan menyesuaikan diri. 

Acara ini menunjukan kemampuan kanak-kanak menyerap dan bertindak balas terhadap maklumat dengan cepat dan berkesan. Sokongan terhadap keupayaan ini melalui pemakanan yang sesuai, terutamanya dengan MFGM dan DHA yang terdapat di dalam Enfagrow A+ MindPro, memainkan peranan penting dalam memupuk kanak-kanak bersedia untuk hadapi cabaran masa depan. 

Menurut Pengurus Pemasaran Pemakanan Mead Johnson Nutrition Malaysia, Trang La Phuong menegaskan komitmen syarikat terhadap perkembangan kanak-kanak dan sokongan ibu bapa. “Misi kami di Mead Johnson Nutrition ialah untuk memupuk generasi masa depan melalui pemakanan yang disokong oleh sains bagi meningkatkan kecerdasan kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi, membantu mereka menjadi lebih pintar, menumpukan perhatian, dan boleh menyesuaikan diri. Enfagrow A+ Brain Speedometer Challenge menyediakan cara yang menarik untuk keluarga memahami kepentingan kelajuan pemprosesan otak yang pantas dan saringan kognitif awal. Pada masa yang sama, acara ini menyerlahkan peranan nutrisi yang  diperkaya dengan MFGM dalam membentuk daya tahan kognitif dan kesejahteraan emosi.”

Pada masa yang sama, acara ini turut membawa panel pakar bersama Prof Cheah Pike See, Ketua Jabatan Anatomi Malaysia di Universiti Putra Malaysia, dan Goh Liu Ying, Juara Olimpik Negara dan Enfagrow A+ Mum yang mana membincangkan tentang pengembangan tahap kecerdasan dan menekankan peranan kelajuan pemprosesan sebagai asas kemahiran kognitif – bahawa MFGM menyokong IQ dan EQ untuk daya tahan kanak-kanak. 

Pemenang utama bagi kategori usia 1 hingga 2 tahun ialah Sherlyn Wong, bagi katergori usia 3 hingga 4 tahun pula Lim Szuyu dan kategori usia 5 hingga 6 tahun ialah Tan Wei Cheng. Setiap pemenang menerima Hadiah Utama berjumlah RM100,000, yang boleh digunakan untuk tujuan seperti Tabung Pendidikan SSPN, pengubahsuaian bilik belajar, atau pendaftaran kursus pendidikan yang diluluskan. 

Manakala, 24 pemenang hadiah sagu hati menerima baucar Toys R Us bernilai RM850 sebagai galakan untuk mereka terus belajar dan bermain, menyokong perkembangan kognitif dan emosi mereka. Acara ini adalah sebahagian daripada misi berterusan Mead Johnson Nutrition bagi menyokong ibu bapa dan melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya. Dengan memberikan penekanan terhadap kepentingan perkembangan awal otak dan daya tahan, Mead Johnson Nutrition bersama-sama dengan Enfagrow A+ MindPro menyasarkan untuk membantu keluarga mempersiapkan anak mereka menjadi cemerlang dan sedia masa depan. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Enfagrow A+ MindPro dan komitmen Mead Johnson terhadap perkembangan kanak-kanak, sila layari www.enfagrow.com.my