Musim perayaan ini, Pavilion Bukit Jalil menghidupkan semangat kebersamaan dengan kempen ‘Kemeriahan Bersama’, sebuah sambutan yang menggabungkan keindahan tradisi dengan sentuhan moden. Pusat membeli-belah ini berubah menjadi lokasi yang penuh meriah dengan dekorasi klasik, bazaar barangan perayaan, serta pelbagai persembahan kebudayaan yang membawa nostalgia Raya.

Pavilion Bukit Jalil juga berkolaborasi dengan BoBoiBoy, adiwira kegemaran Malaysia, bagi membawa lagi keceriaan pada musim perayaan ini. Pengunjung boleh berjumpa dengan BoBoiBoy di Kokotiam, Centre Court sepanjang Ramadan dan Raya ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti, termasuk sesi meet-and-greet, persembahan pentas yang menghiburkan dan banyak lagi. Peminat BoBoiBoy yang berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit juga berpeluang untuk bergambar bersama BoBoiBoy.

Semangat Kemeriahan Bersama dilanjutkan lagi dengan meraikan 100 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Nur Hidayah. Mereka menerima beg saguhati dan duit raya yang melambangkan komitmen Pavilion Bukit Jalil dalam menyemai nilai keterangkuman dan kemurahan hati. Dengan inisiatif ini, mereka juga dapat menikmati kegembiraan perayaan yang bermakna. 

Tidak lupa juga ganjaran untuk pengunjung Pavilion Bukit Jalil. Pelbagai ganjaran hebat menanti anda seperti:

  • Berbelanja RM150 & ke atas boleh tebus 1 pek sampul Raya eksklusif
  • Berbelanja RM400 & ke atas akan menerima satu set alat tulis BoBoiBoy dan 1 pek sampul Raya
  • Berbelanja RM800 & ke atas, anda boleh nikmati set bekas makanan BoBoiBoy bersama 1 sampul Raya
  • Ahli Pavilion Privileges yang berbelanja RM800 & ke atas akan menerima flask eksklusif sebagai ganjaran tambahan

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dan meriah di Pavilion Bukit Jalil.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, sila layari laman rasmi atau ikuti laman sosial Facebook dan Instagram.