Eco-shop telah melancarkan kempen Raya ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ yang berlangsung sehingga 12 April 2025 dengan berkolaborasi bersama pemenang Anugerah Juara Lagu 2025, Marsha Milan. Eco-shop juga sekali lagi telah bekerjasama dengan Marsha Milan bagi menghasilkan muzik video Raya yang penuh keceriaan dan semangat perayaan.

Kempen ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati sambutan Raya dengan lebih bermakna dengan pelbagai barangan keperluan dan hiasan rumah mampu milik. 

Pelanggan berpeluang untuk menyertai peraduan Shop & Win untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Dua pemenang utama akan membawa pulang set sofa bernilai RM5,000, manakala dua pemenang utama akan menerima set meja bernilai RM3,000. Selain itu, 40 pemenang bertuah akan berpeluang menerima baucar Eco-shop bernilai RM100. Ahli Eco-shop boleh menebus beg kitar semula edisi terhad secara percuma dengan pembelian minimum RM60 dalam satu resit sementara stok masih ada. 

Eco-shop turut memperkenalkan perkhidmatan Hadiah Hamper di lebih 300 cawangan seluruh negara. Dengan harga serendah RM30, pelanggan boleh mendapatkan hamper istimewa yang dihias cantik dan dipenuhi dengan pelbagai keperluan Raya dan sesuai untuk dikongsi bersama keluarga.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi Eco-shop di Facebook, Instagram dan TikTok .