Pemberian bunga atau cenderamata buat yang tersayang dapat mengembalikan senyuman, kegembiraan dan merupakan salah satu cara menzahirkan rasa penghargaan dan kasih sayang.
Dalam usaha mewujudkan persekitaran yang menyembuhkan, SJMC dan BloomThis bekerjasama dalam memanfaatkan sepenuhnya terapeutik bunga dengan pembukaan kedai fizikal BloomThis di tingkat bawah bangunan Mediplex, SJMC. Ini merupakan kedai fizikal ketiga bagi BloomThis.
Selain daripada ingin memberikan pengalaman membeli bunga dan cenderamata yang unik, BloomThis juga ingin meneruskan misi menyebarkan kegembiraan menerusi rangkaian produknya kepada lebih ramai pengguna, terutama buat mereka yang berada dalam komuniti penjagaan kesihatan.
Pengarah Urusan dan pengasas bersama BloomThis, Penny Choo berkata kerjasama dengan SJMC ini dapat direalisasikan kerana kedua-dua jenama ini arif dalam menghargai dan mementingkan tujuan utama kedua-dua buah perniagaan masing-masing, iaitu memenuhi permintaan dan kesejahteraan pelanggan.
Kerjasama ini diharap dapat memperkenalkan elemen yang menenangkan pada sebuah gubahan bunga dan menurut kajian, bunga mempunyai pelbagai manfaat walaupun kepada orang yang hanya melihat, menyentuh, atau menghidu baunya. Dengan ini ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan, menyegerakan penyembuhan, meningkatkan daya tumpuan, dan memperbaiki mood. Selain itu, bengkel gubahan bunga dan acara-acara terpilih juga antara inisiatif yang dilakukan. Ia dapat menggalakkan aspek kesejahteraan dan ketenangan kepada pesakit dan profesional penjagaan kesihatan serta memupuk suasana yang positif secara menyeluruh.
“Kami gembira dengan kehadiran BloomThis di SJMC. Kami percaya kerjasama ini akan menambah nilai kepada hospital dan juga pesakit. Selain daripada pengurusan penyakit, penjagaan kesihatan juga membantu pesakit untuk kembali hidup seperti biasa. Ia merangkumi kegembiraan apabila pesakit kembali pulih dan mampu untuk melakukan perkara yang mereka sukai serta menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang. Justeru, selain cantik dipandang, bunga juga membantu menyembuhkan, bersifat terapeutik, dan menggalakkan kesejahteraan menyeluruh pesakit”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Bryan Lin.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan BloomThis, sila kunjungi https://bloomthis.co/.