Safi & Watsons Membantu Melengkapkan Wanita Dengan Bengkel Keusahawanan & Keyakinan Diri Untuk Masa Depan Lebih cerah

Bengkel Keusahawanan & Keyakinan Diri, program transformasi yang dirangka untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan asas serta memupuk kemahiran berdikari yang diadakan baru-baru ini merupakan satu usaha atau inisiatif yang dibuat oleh Safi bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Inisiatif ini bagi meneruskan misi Safi, jenama penjagaan kulit dan penjagaan diri Halal No. 1 di Malaysia untuk memperkasakan wanita dengan membina keyakinan diri dan Kemahiran tambahan bagi membina masa depan yang lebih cerah. 

Majlis Buka Puasa khas yang dianjurkan oleh Safi di Rumah Titian Kaseh ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah serta mengamalkan nilai memberi yang mana ia bukan sahaja mendatangkan keberkatan tetapi juga menggambarkan keindahan ajaran Islam. 

Bengkel ini turut diserikan dan bermakna dengan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia), serta pasukan HAWA. 

Inisiatif Bengkel Keusahawanan & Keyakinan Diri ini memberi peluang kepada peserta untuk membangunkan kemahiran melalui dua sesi: 

  • Bengkel Keusahawanan – Gubahan Kreatif: Sesi kreatif di mana peserta menggubah secara unik sejambak produk penjagaan kulit safe, sekaligus memupuk daya kreativiti dan kemahiran keusahawanan. 
  • Bengkel Keyakinan Diri – Kulit Sihat, Lebih Keyakinan: Sesi yang memberi tumpuan kepada penjagaan diri dan meningkatkan keyakinan, dengan menggunakan produk penjagaan kulit dan penjagaan diri daripada Safi. 

Pada masa yang sama, Safi juga berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Rumah Titian Kaseh serta bekalan produk Safi setahun. 

“Kami di Safi percaya bahawa memperkasakan wanita bukan hanya dengan sekadar penjagaan kulit; ia meliputi membina keyakinan diri dan melengkapkan wanita dengan kemahiran untuk membentuk masa depan mereka. Melalui inisiatif seperti bengkel hari ini, kami berusaha untuk memberi inspirasi dan sokongan kepada para wanita agar mereka dapat mencapai potensi yang tiada batasan,” kata Kazlina Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan di Safi Malaysia.

Usaha bagi memperkasakan wanita ini berterusan di mana Safi dengan bangganya mengumumkan kesinambungan Program Biasiswa Siswi Safi bagi tahun kedua. Usaha ini bertujuan untuk membantu wanita muda melanjutkan pelajaran tinggi, memastikan mereka mendapat sokongan kewangan yang mencukupi untuk mencapai aspirasi kecemerlangan akademik dan menjadi pemimpin masa depan negara Malaysia. 

Dengan memperuntukkan dana biasiswa berjumlah RM1,000,000, Safi percaya bahawa pendidikan adalah asas kepada perubahan masa depan. Jenama ini komited dalam menyokong wanita muda Malaysia, menghargai keupayaan mereka untuk membentuk kemajuan negara serta memberi inspirasi kepada generasi yang akan datang. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh kunjungi Safi Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya dari 23 sehingga 27 April 2025. Anda berpeluang untuk nikmati pelbagai promosi menarik, diskaun hebat, dan hadiah percuma dengan setiap pembelian. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Siswi Safi, sila layari http://biasiswasiswisafi.com.my/ atau ikuti Safi Malaysia di media sosial: Facebook: http://www.facebook.com/SAFI.MY dan Instagram: https://www.instagram.com/safimalaysia/