Kulit wajah yang sihat, mulus, dan cantik ini merupakan impian setiap orang. Tetapi jangan lupa setiap orang memiliki kecantikan dan keunikannya tersendiri. Jadi jangan rasa insecure tau! Pernah tak terfikir bagaimana dan apakah amalan untuk mendapatkan kulit wajah sebegini? Kalau ada, sama lah dengan kita! 

Seperti semua maklum, penjagaan kulit wajah ini bermula dengan diri kita sendiri dan ia memerlukan disiplin, konsistensi dan satu lagi rajin. Keperluan penjagaan kulit berubah disebabkan gaya hidup, hormon mahupun peningkatan usia. 

Ini ada beberapa amalan yang selalu orang ramai amalkan;  

  1. Minum air masak dengan secukupnya 
  2. Sebelum tidur, cuci muka dengan air bersih
  3. Memakai krim pelindung matahari
  4. Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat

Kesemua petua ini sesungguhnya benar sekali dan Cik Dee juga ada mengamalkannya. Selain itu, kita pun boleh buat rawatan facial jugak tau. Justeru dengan itu marilah Cik Dee perkenalkan Bare Skin Facial + Laser Bar (Bare Skin) yang dapat membantu menyelesaikan penjagaan kulit kita, lagi-lagi ia menyatukan teknologi AI canggih dengan sokongan pengetahuan pakar. 

Jangan risau, Bare Skin menyediakan rawatan yang selamat, berkesan dan diperibadikan bagi merawat profil kulit unik setiap pelanggan. Sekaligus, ia menyampaikan pelan rawatan yang memenuhi keperluan penjagaan kulit yang dinamik serta pelanggan penjagaan yang releven dan berkesan dalam hadapi cabaran seperti pori besar, parutm kusam, pigmentasi dan kelonggaran kulit. 

Anda boleh klik https://www.facebook.com/sinaranwanita/videos/1281637909882428 untuk ketahui lebih lanjut tentang proses dari awal sehinggalah habis dalam mendapatkan Bare Skin Facial ini. 

Ia bermula dengan sesi analisis kulit komprehensif yang berasaskan AI dimana ia melibatkan pengumpulan sejarah perubatan dan gaya hidup melalui soal selidik dan menjalankan imbasan AI bagi menilai sembilan parameter kulit serta menentukan usia kulit. Kemudian, rawatan akan dirancang berdasarkan maklumat komprehensif untuk menjejaki perkembangan. Selepas rawatan muka 30 minit oleh pakar estetik bertauliah, anda akan menerima cadangan penjagaan kulit profesional dan panduan penjagaan selepas rawatan bagi mencapai kulit lebih segar dan berseri. Selain itu, imbasan wajah juga akan dilakukan pada setiap temu janji susulan bagi memeriksa keadaan kulit dan keberkesanan rawatan. 

Pada masa yang sama, Bare Skin juga turut menawarkan rawatan buang bulu dengan laser diod ais yang unik. Rawatan ini menggunakan teknologi sejuk, menjadikan sesi rawatan lebih cepat dan kurang menyakitkan dengan hasil yang sama dan berkekalan. Bare Skin juga menambah baik dengan hujung penyejukan Sapphire yang mengebaskan kulit untuk lebih keselesaan dan meminimumkan risiko melecur serta meningkatkan keberkesanannya. Bukan itu sahaja, ia juga menyesuaikan parameter berdasarkan sejnis kulit, bulu dan warna kulit setiap pelanggan untuk menjamin hasil optimum bagi setiap sesi. 
Menarik kan? Buat pengetahuan semua, Bare Skin komited dan berazam untuk menjadikan penjagaan kulit bukan hanya satu pengalaman mewah tetapi juga rutin harian untuk semua, demi memperkasakan keyakinan pelanggan dengan kulit cantik dan berseri. Cik Dee sendiri dah rasai sendiri pengalaman yang luar biasa ini! Sekarang anda pulak. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi tak perlu tunggu lagi! Anda boleh dapatkan sebarang maklumat tentang kuasa transformatif penjagaan kulit ini, boleh layari http://www.bareskinfacialbar.com