Inilah Kita: Intermark Mall Raikan Merdeka dengan Sentuhan Serasa

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Pavilion REIT Malls meraikan kemerdekaan negara dengan pelbagai aktiviti menarik yang mencerminkan perpaduan dan kebanggaan budaya kita. Dari seni pelbagai kaum, tayangan filem eksklusif, sehinggalah ke ganjaran istimewa buat para pengunjung. Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall tampil dengan kempen penuh warna-warni sehingga September 2025.

Menerusi kempen Inilah Kita, Pavilion REIT Malls mengangkat semangat harmoni dan kebersamaan, sambil mengetengahkan warisan budaya Malaysia yang kaya. Antara yang mencuri tumpuan ialah Intermark Mall dengan kempen Serasa Merdeka. Sebuah sambutan yang menyentuh jiwa melalui gabungan makanan, fesyen dan seni.

Makanan & Budaya Menyatukan Kita

Telah pun bermula, sehingga 7 September 2025, Intermark Mall mengajak pengunjung menikmati pengalaman yang menghubungkan citarasa dan tradisi Malaysia. Dengan tema “food is a unifying factor”, kempen ini mengetengahkan pelbagai hidangan tempatan, persembahan seni, serta pameran budaya yang memupuk rasa muhibbah dan nostalgia.

Kemuncak pelancaran menyaksikan pelajar Primrose Hill International School mempersembahkan lagu patriotik Negaraku dan Rasa Sayang Eh! dalam busana tradisional pelbagai kaum. Acara diteruskan dengan pertunjukan fesyen Heritage in Motion hasil kolaborasi INTI Centre of Art & Design bersama pereka tersohor Carven Ong, yang menggabungkan elemen motif Melayu, Cina, India, dan Sabah & Sarawak dalam rekaan kontemporari.

Nikmati Juadah Tempatan & Ganjaran Eksklusif

Salah satu tarikan utama ialah Tastebud Teasers. Pengunjung boleh menikmati juadah tempatan percuma setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan perbelanjaan minimum RM15. Selain itu, terdapat juga ganjaran mingguan termasuk kopi percuma serta penebusan makanan terpilih, menjadikan lawatan lebih berbaloi.

Serasa Market Bazaar: Sentuhan Kreatif Anak Tempatan

Intermark Mall juga mempersembahkan Serasa Market Bazaar dimana pengunjung boleh menemui pelbagai makanan artisan, kraf tangan, dan instalasi seni berinspirasikan Malaysia daripada jenama tempatan seperti Lima Pulo, Durian BB, Acaya, Ipoh Girl Creations dan banyak lagi. Suasana bazar ini bukan sahaja menambah seri kempen, malah membawa pengalaman menyeluruh yang meriah dan penuh semangat muhibbah.

Raikan Merdeka dengan Serasa

Dengan gabungan muzik, fesyen, seni dan makanan, kempen Serasa Merdeka di Intermark Mall mengingatkan kita bahawa meskipun berbeza latar belakang, kita tetap bersatu sebagai rakyat Malaysia. Jadi, kalau anda mencari cara unik untuk meraikan Merdeka tahun ini, singgahlah ke Intermark Mall dan hayati sendiri pengalaman penuh rasa, budaya dan kebersamaan.

For more information, visit:

●       Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/

●       Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com ●       Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/