Gambar : Free Malaysia Today 

Mana-mana ibu mesti nak anak dia sempurna ketika dilahirkan, tapi siapa kita nak melawan takdir yang tuhan tetapkan. 

Tapi min tak lah sekuat seperti ibu yang melalui perkara tu, memang sedih. Tapi ibu kena kuat tahu demi anak, jangan tunjukkan kesedihan yang kita lalui ni depan anak kita, sebagai pembakar semangat untuk dia. 

Dan min memang tak boleh jadi sekuat seperti seorang wanita, Suraya Jumali yang memiliki anak istimewa, iaitu Syndrome Apert, tapi dia tidak mengakui itu adalah anaknya buat kali pertama. 

Kesedihan itu memang tak dapat min nak gambarkan sebab perkara itu dirahsiakan sendiri daripada Suraya selama 3 hari selepas melahirkan anak tersebut. 

A picture containing person, indoor, holding, boy

Description automatically generated
Gambar : Free Malaysia Today 


“Tu bukan anak saya, anak saya tak macam ni, sehinggakan ada 1 doktor cina kata puan ini anak puan, dia Apert Syndrome, sangat jarang berlaku dekat Malaysia, puan kena banyak bersabar dan ulang alik hospital dan tempuh banyak operation, doktor itu turut menangis bersama saya,” katanya sambil menitis airmata tidak dapat menahan sebak mengenangkan perasaan pertama kali melihat anaknya.

Tapi suami dan keluarga terus bertalu-talu memberi semangat supaya si ibu menerima anugerah tuhan itu dengan baik. 

Tidak semudah yang disangka, Suraya terus berkata apa yang terjadi pada dirinya  adalah tidak adil sehingga diberi dugaan seperti ini.

A close up of a person

Description automatically generated
Gambar : Free Malaysia Today 

“Rasa tak nak keluar hospital, tak nak jumpa orang, tak nak tunjuk anak kita kat public sebab malu, sebab tak nak orang gelakkan dia, anggap dia muka pelik, kelainan berbeza.

“Saya cakap dengan suami, kan best kalau tak keluar hospital, orang lain nak discharge tapi kita willing nak duduk di hospital. Namun sebaik sampai di rumah meskipun semua menangis tapi saya bersyukur ada keluarga yang support kita.”

Kesedihan tidak terhenti di situ, Suraya terpaksa meninggalkan Syafi Firdaus dalam keadaan pantang dan dikuarantin di hospital selama dua minggu akibat jangkitan MRSA dimana kuman tersebut susah untuk dihapuskan melalui antibiotik.

“Selepas saya lihat ada darah yang keluar di bahagian operation, saya pergi ke hospital dan didapati saya terkena jangkitan kuman MRSA.

“Saya mula dikuarantin dalam bilik 26, tiada tingkap, ditutup gelap. Dikuarantin seperti banduan, betul-betul menjatuhkan semangat saya.”

Suraya mula berfikiran negatif dan mempertikaikan kenapa dia diuji sehingga ke tahap itu.

A picture containing outdoor, tree, ground, person

Description automatically generated
Gambar : Free Malaysia Today 


Namun kerana anak syurga itu, Suraya yang berkhidmat sebagai guru di Bangi berkata beliau perlu menguatkan semangat untuk memberitahu kepada masyarakat tentang penjagaan khusus kepada kanak-kanak istimewa seperti ini.

“Siapa di tempat saya pasti akan mempunyai perasaan seperti ini, tapi pada saya kerana anak istimewa inilah yang mengajar erti kekuatan hidup, saya tak akan berhenti bercerita pada dunia yang perlunya kasih sayang kita ini kepada kanak-kanak istimewa supaya mereka tidak rasa tersisih daripada masyarakat.

“Bukan kepada anak saya sahaja, tetapi juga kepada kanak-kanak istimewa atau yang turut mengalami Sindrom Apert juga,” jelasnya.