Bila datang musim durian merata ni yang menggugat keimanan haha. Mesti nak jugak buat Bubur Durian versi mak! Pastu cicah dengan roti, paling terbaik ever! Hujung minggu kalau tak tahu nak buat apa untuk minum petang, boleh masak ni. Anak-anak dengan suami mesti suka dan jangan terkejut kalau licin satu periuk haha
Bahan-bahan :
- Isi durian
- Santan (yang segar, bukan kotak)
- Susu cair
- Susu pekat
- Gula & garam
- Sagu (direndam)
- Daun pandan (disimpul)
Cara-cara :
- Masukkan isi durian yang telah diasingkan dari biji ke dalam periuk. Tapi boleh jugak masukkan sekali beberapa ulas durian beserta dengan biji. Menarik sikit kalau ada biji durian tapi jangan banyak sangat.
- Masukkan santan. Banyak mana korang kena agak-agak jer. Berpadanan dengan isi durian. Jangan pulak santan banyak tapi isi sikit jer. Aku andaikan kuantiti santan tu mesti meneggelamkan isi durian. Dan jangan lupa masukkan daun pandan untuk bau harum yang memikat.
- Buka api kecil dan gaul. Sambil tu boleh masukkan biji sagu yang telah direndam tadi.
- Bila dah nampak santan dan durian tergaul sebati, campurkan susu cair. Kuantiti pun main agak-agak jugak. Maaf lah yer sebab mak aku bagi resepi pun semua cakap agak-agak jer. Tapi nak ingatkan yang kuantiti susu cair tu tak sampai separuh dengan kuantiti santan tadi. Maksudnya, kalau santan tu 5 cawan, susu cair 2 cawan jer.
- Kemudian masukkan sedikit susu pekat, gula dan garam. Yang ni pun main agak-agak jer. Masukkan sikit-sikit lepas tu rasa.
Cara buat ni sangat mudah. Cuma resepi mak ni ada susu cair! Rasanya lebih manis dan lemak berkrim gitu. Selamat mencuba guys!