Bila kita rasa semangat dan ceria, barulah kerja yang kita buat berkualiti dan prestasi kerja makin bertambah baik
Biasanya para pekerja ni hanya habiskan 8 hingga 10 jam di tempat kerja dan kebanyakkannya para pekerja ini senantiasa menunggu waktu balik kerja. Belum masuk lagi dengan kerja terlalu banyak sampai tak menang tangan. Haru biru dibuatnya! Ni sis kongsikan sedikit tips yang boleh diamalkan untuk kekal ceria di tempat kerja. Ikuti 5 tips ini :
Tarik Nafas
Pendekatan ini merupakan cara paling mudah untuk diamalkan sepanjang korang dalam keadaan yang tertekan. Tarik nafas dalam 10 atau 15 minit sambil menutup mata. Fokus pada pernafasan ketika itu. Lupakan segala masalah seketika. Selepas korang hembus nafas, korang boleh rasa perasaan kita akan lebih baik dan minda kita lebih tenang.
Minum airĀ
Pengambilan air yang cukup ketika bekerja seringkali dianggap remeh oleh individu yang bekerja. Ini untuk mengelakkan dari tubuh kita rasa lesu dan lemah. Jangan lupa untuk minum air masak secukupnya dalam sehari supaya kita dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.
Hias meja kerja
Pejabat kita menjadi rumah kedua kerana hamper 8 ke 10 jam kita berada disitu. Sebaiknya kita hias meja kita mengikut citarasa yang boleh membuatkan kita rasa segar dan bersemangat untuk melakukan tugasan. Tapi elakkan hias meja korang secara berlebihan okay? Contoh boleh letak pokok kecil untuk buatkan kita rasa segar ataupun lekat gambar ibu bapa untuk dijadikan sumber kekuatan bila kita tengah down.
Buat benda baru
Bila kita sibuk menyiapkan kerja, kadang kala kita tidak ambil peduli dengan persekitaran kita. Sesekali korang boleh berkomunikasi dengan rakan kerja di luar jabatan dan mengetahui pelbagai maklumat yang berlaku di pejabat tetapi elakkan gossip ye.
Selalu bergerak
Ada diantara kita yang leka membuat kerja di tempat sendiri dan hanya bangun untuk ke tandas! Duduk sepanjang masa pun tak sihat dan produktif. Jadi sesekali bangun dan berjalan seketika untuk melakukan regangan, berjalan ambil angin luar dan sebagainya.
Tips ini boleh memudahkan korang untuk sentiasa kekal aktif dan ceria di pejabat. Tetapi jangan lupa untuk memberi ganjaran pada diri sendiri sekali sekala atas apa jua peningkatan yang korang buat! Itu yang paling penting. Tak perlu tunggu orang lain untuk beri pujian atau memberi ganjaran pada korang okay?