Dengan teknik yang betul dapat membantu para ibu hamil bersalin dengan mudah.
Bila hamil dan perut makin membesar ni, memang sukar untuk kita bersenam. Tapi itu bukan alasan ye! Senaman squat ini bukan sahaja boleh membantu kita mendapat punggung yang cantik tetapi ianya salah satu senaman yang bagus untuk ibu hamil. Dikatakan senaman ini dapat membantu kita, para ibu hamil bersalin dengan mudah.
Manfaatnya yang lain ialah:
Meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik
- Latihan ini bagus untuk para ibu hamil kerana dapat meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik dan lebih senang untuk anda bersalin nanti ?
Elak sakit belakang atau sakit pelvik
- Bila kita sakit belakang atau sakit pelvik, ia disebabkan oleh kelonggaran ligamen. Sebab itu perlunya, ibu hamil membuat senaman squat ini untuk menguatkan otot gluteal yang membentuk punggung. Otot gluteal akan menstabilkan pelvik dengan menyokong sendi sarkoiliak.
Memudahkan anda bersalin
- Posisi senaman ini dikatakan seolah olah posisi sebenar ketika anda mengalami kontarkasi ketika nak bersalin. Menurut pakar, senaman ini membantu mengurangkan masa bersalin sebanyak 90 minit! Jangan tak tahu bila anda buat senaman ini, anda juga membantu bayi makin turun ke bawah, menghampiri pelvik.
Menguatkan otot kaki
- Dengan buat senaman ini, ia boleh menguatkan otot kaki kita. Jadi secara tak langsung, ketika bersalin, anda akan membernarkan graviti membuka pelvik dengan lebih luas.
Punggung lebih cantik
- Haa, kalau rasa nak punggung tetap mantap sebelum dan selepas, inilah kunci anda hehe Selamat mencuba.
Masa tengah mengandung ni memang macam-macam kita nak haha Orang kata ‘craving’ gitu ? Pastu semua benda pun la nak ngap haha Tapi kena ingat tetap kena bersenam okay? Walaupun sekadar jalan. Ini dapat menambah stamina dan membantu memudahkan proses untuk anda bersalin nanti.