Siapa yang tak nak jadi isteri yang “perfect”? Kalau boleh nak siapkan makan malam tepat pukul 7 supaya dapat makan pukul 8 malam. Dapat uruskan anak-anak sekelip mata tanpa perlu jadi harimau. 

Lebih indah kalau dapat jana pendapatan ribu ringgit dengan hasil titik peluh sendiri. Tapi jangalah terlalu memaksa. Sungguh diri sendiri penat bukan untuk memuaskan hati semua?  Kalau penat, rehatlah dulu. 

Cik Ju pun macam tu juga, but kalau dah rehat, tu Cik Ju ni akan terlelap terus, lepas tu nak start balik, dah ke laut. Hrmm banyak kali dah jadi. 

Bila nak start berkemas tu,anak datang kacau Cik Ju, mula lah harimau jadian tu keluar. Aduh! 

So macam mana nak elak jadi ibu yang baran? Jom Cik Ju share kan tips dengan mommies dekat luar sana, Cik Ju pun belajar-belajar lagi ikut info yang diberi Wawa Shauqi ni melalui FB nya. 

A person standing next to a person

Description automatically generated
Gambar : mingguan wanita 


Dear parents, Dear mommies.

You don’t need to be perfect. Just be patient.

Untuk jadi penyabar, korang perlu tahu kapasiti kesabaran yang korang ada sebelum mula terbakar dan meletus.

You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin.

Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering.

Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut. Hehe 

Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut.

Yup, just simply being a therapist to her. Ini lah yang Cik Ju selalu buat dengan suami Cik Ju. 

Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah.

Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada! Kuasa membeli di tangan kita. Tak gitu? 

Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.

Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah.

Bukan tak faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut. Your floor doesn’t define your happiness… so relax.

Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.

Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam.

Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.

Image result for baby shayari image mother

Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.

Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya.

Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri.

Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain.

You are beautifully made by Allah.

Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.

Waaa..Cik Ju suka dengan info yang Wawa bagi ni. Semoga terus kekal bermanfaat untuk kita semua!