Masalah kelemumur dan kulit kepala gatal bukan masalah asing, lebih-lebih lagi dengan cuaca negara kita yang panas hampir sepanjang tahun. Bagi hijabista, masalah ini mungkin lebih teruk sehingga mengundang ketidakselesaan.

Mungkin ini jawapannya! Selsun Blue telah memperkenalkan inovasi terbarunya, Syampu Kawalan Minyak Terkini, Anti-Kelemumur & Penjagaan Kulit Kepala. Menampilkan formula Dwi Kuasa Selsun Blue, syampu ini memanfaatkan sinergi gabungan Selenium Sulfide dan Piroctone Olamine yang menawarkan pengguna dengan penyelesaian yang berkesan untuk memerangi dan mengawal kelemumur teruk yang berulang.

Dalam sebuah tinjauan bersama pengguna baru-baru ini, 85% pengguna telah melaporkan keberkesanan syampu tersebut dalam menangani kelemumur yang teruk, sementara 87% pengguna mengatakan bahawa syampu tersebut berjaya memberi kawalan bau yang luar biasa. Manakala, sebanyak 37% pengguna telah menyatakan peningkatan yang ketara dalam kesihatan kulit kepala selepas menggunakan Selsun Blue Advance Oil Control dalam rutin penjagaan rambut mereka.

“Memahami keperluan pelanggan kami adalah penting kepada Selsun Blue, dan kami komited untuk memberi sokongan ke arah penjagaan rambut dan kulit kepala yang optimum,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto- Mentholatum Malaysia. 

Menurut Lim, formula ini juga akan memberi kawalan bau yang tahan lama, di samping memberi pembersihan dan penggelupasan kulit kepala yang berminyak bagi menghalang penghasilan dan pengumpulan minyak berlebihan. Formula ini direka untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala yang ketara dengan mengekalkan mikrobiom dalam kulit kepala untuk mengurangkan iritasi.

Rangkaian syampu ini juga mampu membantu mengekalkan kelembutan dan kelembapan rambut dengan kandungan seperti ekstrak madu, asid amino, dan asid hyaluronik. Kesannya dapat dirasai seawal basuhan pertama.  

Dalam perbincangan panel semasa pelancaran, Glen Hiew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rambut KAMI, menekankan kesan kelemumur dan kulit kepala berminyak pada penggayaan rambut, tetapi juga penting untuk penyelesaian yang bersesuaian seperti Selsun Blue. “Kelemumur bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada penampilan malahan juga, secara tidak langsung menyumbang kepada keguguran rambut. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan pengguna dengan menawarkan penyelesaian anti-kelemumur yang dapat menangani kebimbangan kulit kepala secara khusus.”

Dr. Che Hafiz menyokong sentimen ini dengan menggariskan kepentingan penjagaan kulit kepala dengan langkah yang betul, terutamanya dalam iklim panas lembap di Malaysia, yang boleh menggalakkan pertumbuhan kelemumur. Dr. Che Hafiz menekankan kepentingan penggunaan syampu perubatan yang mengandungi kandungan aktif seperti Selenium Sulfide dan Piroctone Olamine, terutamanya bagi individu yang aktif dan berhijab.

Penyelesaian kelemumur Selsun Blue yang baru ini boleh didapati di semua rangkaian kedai runcit terkemuka termasuk Watsons, Shopee, Lazada dan TikTok dalam dua saiz, berharga RM46 bagi 200ml dan RM33 bagi 120ml.