Bila cakap pasal ikan pekasam ni, sis tahu sangat orang sekarang ramai yang tak pandai makan sebab ikan ni agak busuk, tapi kalau korang dah makan sis berani kerat jari yang korang nak lagi! 

Well, ikan pekasam ni kalau goreng ni, 1 rumah akan berbau, korang jangan merungut dulu, try first then baru komen. Okay?

Min cakap macam ni sebab ada orang yang dah jadi usahawan berjaya dengan ikan pekasam ni, pernah dengar nama Maslina Mohd Sabri atau Cikna, sekarang dia dah berjaya meletup dengan ikan pekasam je, boleh dapat RM 20,000 sebulan taw. 

But dia takdelah share  resepi dia, Cuma sis ada resepi yang kita semua maybe boleh try, kalau ikut mulut, resepi ni sedap jee.

BAHAN-BAHAN:

7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai

½ cawan garam halus

Beras secukupnya

Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras

2-3 keping asam gelugur

CARA MEMBUAT:

  1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.
A picture containing food, animal, indoor, plate

Description automatically generated

2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.

A picture containing food, indoor, sesame seed

Description automatically generated

3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.

A bowl of food

Description automatically generated

4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.

A bowl of food

Description automatically generated

5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.

A close up of food

Description automatically generated

6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garam halus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.

A close up of food

Description automatically generated

7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.

A picture containing person, indoor, food, cake

Description automatically generated

8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.

A close up of a piece of cake

Description automatically generated

9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng.