Cik Ju ni kalau bercakap bab pembedahan, Cik Ju lah orang yang paling seram, takut seriau 1 badan semua ada.

Yelah benda nak dikopakkan badan tu, memang Cik Ju takut sangat-sangat, so Cik Ju sangat salute lah mereka yang bekerja sebagai nurse dan juga doctor-doktor ni, syabas! 

Normally yang Cik Ju tahu pesakit akan dibius atau dipengsankan, then operation pun bermula, 

But ada 1 perkara pelik berlaku kepada seorang pesakit ni, apabila doktor memberikan dia bermain violin ketika pembedahan tumor otak sedang dijalankan, 

Ia berlaku di King’s College Hospital, London, England.

Ini kerana ketika doktor melakukan pembedahan untuk membuang tumor otak daripada seorang pesakit wanita, dia memutuskan untuk bermain violin sepanjang prosedur itu berlangsung.

Pesakit yang dikenali sebagai Dagmar Turner, 53 secara langsung terus bermain violin ketika sekumpulan doktor memotong tengkoraknya dan melakukan prosedur di dalam otaknya.

Apa yang menakjubkan, memetik laporan Reuters, Turner kelihatan kusyuk bermain violin ini kerana sebahagian lagi otaknya masih berfungsi untuk mengawal bahasa dan pergerakan.

Prosedur pembedahan sambil bermain violin ini dilakukan bagi memastikan doktor tidak merosakkan bahagian penting di otak Turner yang secara khusus mengawal pergerakan tangan dan memastikan kelancaran Turner ketika memainkan violin.

Wow! Sampai macam gitu pesakit tu nak sahkan yang doktor dan nurse tu tak buat kesalahan pada otak dia.ya?

Profesor Keyoumars Ashkan berkata ini pengalaman pertamanya apabila pesakit mahu berada dalam keadaan sedar ketika pembedahan.

“Ini adalah kali pertama saya mempunyai pesakit memainkan alat muzik,” kata Ashkan, seorang pakar tumor otak yang juga seorang pemain piano yang berjaya dan memegang ijazah dalam muzik.

“Kami berjaya mengeluarkan lebih daripada 90% daripada tumor, termasuk bahagian yang disyaki mempunyai penyebaran agresif, sambil mengekalkan fungsi tangan kirinya secara keseluruhan,” katanya.

Bagi Turner jika dia hilang keupayaan untuk bermain violin merupakan sesuatu yang mengecewakan kerana dia sudah mula mencintai bermain violin sejak berumur 10 tahun.

Selepas 3 hari pembedahan, Turner dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama dengan suami dan anaknya.

Well, kalau Cik Ju lah pesakit tu nak main violin, alunan tu memang dah ke laut, kalau Cik Ju doctor pula, Cik Ju akan stop kan operation tu and layan feel alunan violin tu. tepuk dahi lah jawabnya, 

Apapun, Cik Ju harap pesakit itu cepat sembuh dan normal seperti sediakala.