Kerabu kerang ni memang sedap sangat sangat and simple beno cara buatnya!
Kak Jah memang loveeee kerang ya kawan-kawan dan kerang tu masaklah apa pun, Kak Jah memang akan telan. Fuh terliurnya bila terbayangkan kerang.
Haa sini Kak Jah nak kongsi resepi daripada Dari Dapur Aida ni iaitu kerabu kerang ala Thai. Yes, kerabu kerang ni memang sedap sangat sangat and simple beno cara buatnya!
Jom tengok caranya.
Bahan-bahannya :
1 kg kerang
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
Cara-caranya :
1. Rebus kerang seketika. Pastu rendam sekejap dlm bekas berisi ais.Tujuannya supaya kerang cantik terkupas. Hanya patahkan sebelah kulit kerang dan sebelah lagi dibiarkan bersama isi yang akan kita pakai.
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul kerang bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas kerang. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!