Well, kata orang, jangan ever ever kahwin dengan penagih dadah sebab mereka ni ada kemungkinan takkan pernah berubah. Tapi kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sally ni menegaskan bahawa penagih dadah memang takkan pernah berubah, takde kemungkinan dah. Titik. Sedih juga hati Kak Jah bila dengar kisah ni sebab Sally ni masih muda namun dugaannya besar sekali.
Kata Sally, perkenalannya dengan suami sudah lama dan sejujurnya, dia ada rasa ragu semasa mahu berkahwin dengan suami namun meneruskan sahaja perkahwinan tersebut kerana rasa sayang dan yakin boleh hidup bersama lelaki tersebut.
Namun, selepas berkahwin, dia mendapat tahu suaminya yang dahulunya hanya seorang kaki judi sudah mula terjebak dengan dadah dan tidak boleh berpatah balik. Namun, hati perempuannya yakin dan tidak pernah putus-putus berdoa kepada Tuhan agar suaminya berubah namun dia tidak pernah berubah.
Sudahlah menagih, kaki judi, suami Sally juga sudah berani naik tangan dan kini merupakan seorang kaki pukul.
“Sebelum buat keputusan kahwin dgn suami, saya cuba juga bagi dia peluang, saya non stop berdoa semoga dia berubah, saya cuba ubah apa yg dia tak suka mana tahu dgn sikap kita suami tgk dia kesian ke apa. Tapi silap. Dia takkan berubah.
“Dah sebulan dia tak bercakap atau jumpa bapak saya sebab dia pukul saya, jadi yelah dah pukul anak orang, minta maaf lah kat orang kan. Tp sebab dia mungkin pengecut bg saya dia pengecut, bg mak saya, dia menghina, dia tak hormat, jadi dia mengelak sangat untuk jumpa bapa saya.
“Saya tak tahu nak buat macam mana, cakap dekat dia pun, tak guna. Alasan dia malu katanya sebab dia pernah janji kat bapak saya yg dia takkan pukul saya tapi dia buat jugak.
“Tapi bila keadaan dia tengah marah, alasan dia lain. Alasan dia, memang dia takkan minta maaf kat bapak saya sebab dia kata saya lah punca buat dia pukul and takkan minta maaf kat bapa saya,” kata Sally.
Sepanjang hidup dengan suami, lelaki itu akan menyalahkan Sally atas setiap perkara yang berlaku dan ia membuatkan Sally tertekan. Lebih setahun berkahwin, Sally tiba-tiba disahkan hamil.
“Saya check pregnancy test, double line. Masatu gelap gelita dunia kejap, saya solat pun pitam, saya jadi murung. Tak tahu nak rasa bersyukur atau tak. Tak tahu nak rasa happy atau tak. Tak tahu nak kongsi berita yg sepatutnya gembira ni atau tak.
“Sebab dgn keadaan saya sekarang, still duduk rumah family saya, still tak stabil dari segi kewangan, dia still tak berubah perangai berjudi, dia still minta duit mak ayah sebab nak beli dadah dan jugak berjudi,” kata Sally.
Namun demi kandungan yang semakin membesar, Sally kuatkan hati dan berdoa agar suaminya akan berubah. Namun perangai lelaki itu semakin menjadi-jadi, menyebabkan Sally buntu.
Kalau orang, orang akan suruh cerai je kan. Tapi kalaulah benda tu semudah macam kita cakap je. Proses perceraian tu memakan masa dan ia semestinya akan mendatangkan kesan buruk kepada anak.
Tapi kata Sally, kalau dia tak cerai, dia akan semakin sengsara dengan sikap suami.
“Sama ada nak biarkan hidup lagi sengsara atau pilih untuk lepaskan demi kebahagiaan anak yg makin membesar. Setengah org kata jangan cerai kesian dekat anak. Tapi kes saya, lagi bersama lagi kesian anak.
“Saya tak pernah rasa menyesal seumur hidup macam ni, saya tak pernah ada rasa benci kat orang walau sejahat mana orang tu, saya cuba juga cari positive side dia. Macam suami saya juga,” tutur Sally.
Kini dia nekad akan menuntut cerai sebaik sahaja anak dalam kandungannya itu lahir dan berdoa agar semuanya dipermudahkan. Dia dah tak sanggup memperjudikan masa depannya hanya kerana seorang lelaki seperti suaminya.
Kesian Kak Jah dengar. Takpelah dik, bercerai tu tak semestinya buruk. Dalam kes ni, Kak Jah sokong sepenuhnya keputusan awak. Kak Jah doakan yang baik-baik sahaja untuk awak ya.