Punggung jatuh, lutut hitam tanda tiada dara, mitos atau fakta?

Terdapat beberapa tanda fizikal yang sering dikaitkan sama ada seseorang wanita mempunyai dara atau tidak. 

Eh Cik Ju pun tahu tentang benda ni, tapi kesahihannya Cik Ju belum dapat pastikan lagi. Cuma Cik Ju tak ada la belek beriya kalau tengok sorang perempuan tu dari atas ke bawah. 

But ada kan sesetengah lelaki yang selalu perhatikan benda ni, kan? Watch out taw, sebab tak semua prediction korang tu betul. 

Sebab ramai yang cakap, kalau jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, jika kepala lututnya hitam sudah tidak berdara lagi wanita tersebut dan bermacam-macam lagi versi teori yang boleh anda dengar.

Persoalannya, adakah ia fakta atau sekadar mitos? 

A picture containing person, clothing, wall, woman

Description automatically generated

Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.

Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa juga sekalipun dari segi fizikalnya bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut. 

Faktor fizikal tidak boleh menjadi faktor pengukur mengenai keperawanan seseorang individu. 

Ha dah jelas kan wahai lelaki? 

Plus, pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.

Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu. 

Umumnya, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj. Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar? 

Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina. Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai “Imperforated Hymen”, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina. 

Dalam hal yang sama, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara. 

Ini bermakna kalau korang menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal!