Kanser payudara adalah barah utama yang menyerang wanita dan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di Malaysia.

Dengan kes kanser yang dijangka melebihi 66,000 diagnosis baharu setiap tahun menjelang 2030 di Malaysia, Beacon Hospital, pusat kanser terkemuka negara, mengambil langkah proaktif dengan menawarkan Terapi Radiasi IntraOperatif (IORT) untuk pesakit kanser payudara yang layak pada kadar luar biasa hanya RM1.

Inisiatif ini juga termasuk bantuan kewangan kepada pesakit yang kurang bernasib baik, terutamanya mereka yang bergelut dengan kanser payudara. 

IORT ialah rawatan radiasi yang diberikan terus di tapak reseksi tumor semasa pembedahan untuk meningkatkan hasil rawatan keseluruhan dan meminimumkan kerosakan pada tisu sihat di sekelilingnya. Ketepatan sedemikian bukan sahaja berpotensi untuk mengurangkan kesan sampingan tetapi juga mengurangkan risiko kanser berulang, akhirnya meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit. 

Langkah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Beacon Hospital untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti mudah diakses dan misi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh pesakit dan menggalakkan mereka untuk mencari rawatan awal sekaligus menjadi langkah pertama untuk pesakit kanser dan keluarga mereka dalam mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih cerah dan penuh harapan.