A close up of a plate of foodDescription automatically generated

Kak Jah kalau resipi-resipi lauk kampung ni memang favourite sesangat lah sebab memang kena betul dengan tekak dan selera kita. Rasanya Kak Jah belum pernah lagi share resipi asam pedas so harini Kak Jah nak share resipi simple tapi confirm sedap dan menjadi ni.

Resipi ni dikongsikan oleh Akma Abdullah so jom kita tengok.

Bahan-bahannya :

6 ekor ikan – potong 2

2 kuntum bunga kantan

1 ikat daun kesum

1 batang serai – diketuk

4 biji tomato

15 batang bendi

1 senduk cili kering kisar

1 mangkuk air asam jawa

Garam & gula secukup rasa

Air secukupnya

A group of fish on a plateDescription automatically generated

Bahan kisar :

15 biji bawang merah 

2 biji cili merah 

8 ulas bawang putih

2 inci belacan

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dengan serai sehingga masak dan garing.

2. Masukkan air asam jawa.

3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.

4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.

A bowl of food with a green plantDescription automatically generated

5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.

6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.

A plate of food on a tableDescription automatically generated

7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.

8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.

9. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Haa senang kan. Okay kalau makan asam pedas ni, sedap sangat kalau di pairkan dengan telur masin. Kombinasi paling onz lah kata orang tu. Aduhai terliur pulak. Selamat mencuba!

A bowl of food with stewDescription automatically generated