Cik Ju ada cerita nak share dengan semua wanita, tak kira mommies atau ladies. Sekarang kalau suami kahwin lebih dari sorang tu kira normal, but kita tak boleh kata apa kalau dia mampu. Right?
But kalau suami orang skandal dengan bini orang ni, sekarang memang dah jadi trend ke apa? Well, dulu itulah punca Cik Ju jadi single mommy, sebab tu lah Cik Ju tak suka dengar kes-kes macam ni.
Sepatutnya kalau korang ada masalah dalam rumahtangga, korang kena settlekan dalam rumahtangga tu sendiri. Bukannya cari orang lain untuk puaskan nafsu masing-masing. Sampai bila nak settle? Dan macam mana kesan kepada anak-anak korang supaya nak membesar dengan baik?
Itu masalah yang Cik Ju nampak, bila ada masalah dalam rumahtangga, masing-masing cari skandal dekat luar, tak kira hukum halal haram, bini orang pun kau sental, yang bini orang pun tak segan silu bercinta dengan suami orang.
What lah?
Lelaki memang lah pantang digoda memang habis cair, tapi kita sebagai wanita of course kena jaga maruah sendiri sebagai hak orang, bukan single lagi. Yang dah siap ada anak, tak malu ke buat perangai macam orang muda? Even orang muda sendiri pun reti malu nak buat dosa macam tu, mak yang over.
Pening Cik Ju.
Well Cik Ju cakap macam ni sebab kawan Cik Ju sendiri buat benda ni, Cik Ju punyalah beriya protes tentang hal ni dekat dia, sekali dia pergi buat benda yang sama, skandal dengan 1 ofis. Lagi Cik Ju pening.
Nak nasihat pun dah tak reti, sebab masing-masing tengah crush. Dah tak fikir yang tu suami orang, yang ni isteri orang. Pantang jumpa dekat ofis, keluarga dah jadi nombor 10, tak ingat anak-anak.
But Cik Ju dah jalankan tanggungjawab untuk menasihati orang-orang macam ni, selebihnya Cik Ju serahkan kepada-Nya untuk tentukan segalanya.
Kantoi dengan isteri/suami sendiri, jangan cari Cik Ju!
Kalau korang diberi peluang untuk terus hidup, bertaubatlah banyak-banyak. Jangan teruskan perbuatan terkutuk ni, mulakan kebahagiaan dalam rumahtangga sendiri, cari balik moment yang terindah antara korang dengan pasangan. Itu yang sebaiknya..kalau penceraian tu adalah jalan yang terbaik, fikirlah sehabis baik..
Korang boleh baca artikel ni?
Perlu ke Aliff Syukri cubit kaki anak, disuruh menangis untuk publisiti sendiri?
Dulu putus tunang kerana dihina gemuk, sekarang dinobat ratu cantik UK
Penagih dadah, kaki judi memang takkan pernah berubah – Sally