Kalau selalu kita kongsi tips penjagaan wajah menggunakan bahan dapur kan, kali ni Kak Jah nak kongsikan dengan korang bahan-bahan dalam produk skincare yang mempunyai fungsi tertentu bagi merawat wajah.
Maklumlah kita ni memanglah ada je bahan-bahan nak DIY skrub muka lah, masker muka lah tapi masa tu yang takde betul tak? Okay so jom tengok nama bahan-bahan penting dalam skincare dan apa fungsinya.
Niacinamide
This is considered as one of the holy grail product dalam skincare. Haa nak tahu kenapa? Sebabnya Niacinamide ni yang juga sebenarnya merupakan Vitamin B3 membantu mencerahkan kulit dan juga mengecilkan pori-pori. Siapa je taknak dua benda ni kan? Hehe so lepas ni kalau nak beli skincare tu pastikan ada Niacinamide tau.
Alpha-hydroxy Acid (AHA)
AHA ni berfungsi untuk merawat garis halus, kedutan, kesan penuaan dan helps with pigmentation. Tapi ia juga menyebabkan iritasi pada kulit dan menyebabkan kulit jadi lagi sensitif. So tips dia kalau nak pakai AHA ni ialah kena always make sure pakai krim pelindung UV okay? WAJIB TAU!
Beta-hydroxy Acid (BHA) / Salicylic Acid
Bahan ini memang bagus untuk merawat jerawat sebab ia buang kulit mati dan juga memperbaiki tekstur kulit. So, kalau tengah diserang Kak Jah tu, bolehlah guna skincare yang ada salicyclic acid.
Hyaluronic Acid
Ni mesti korang selalu dengar kan? Sebab bahan ni memang antara yang famous sangat dalam banyak skincare. Fungsi Hyaluronic Acid ni ialah untuk melembabkan, meremajakan dan mengekalkan hydration pada kulit.
Retinol / Vitamin A
Haa yang ni memang the best ingredient untuk anti-penuaan. Retinol ni memperbaiki kedutan pada wajah dan amat mudah menyerap dalam kolagen dan lapisan kulit yang dalam. Pakar kulit memberitahu, Retinol ni mudah nak jumpa dan bukan hanya dalam skincare mahal je tau, skincare affordable pun banyak yang ada Retinol dan terbukti berkesan.
Alpha-Lipoic Acid
Bahan ini sama seperti Retinol, tapi ia lebih efektif memperbaiki masalah kulit degil serta menjaga kulit dari sebarang kerosakan akan datang. Sifat universal Alpha-Lipoic Acid sangat mudah menyerap ke dalam sel kulit serta memberikan kesan paling terbaik untuk mengurangkan garis halus sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan meningkatkan antioksida.
So, lepas ni kalau beli skincare tu tengok dulu kandungannya dan tengok jugak kandungan bahan tu ada pada urutan nombor berapa pada list ingredients. Sebabnya, ia menandakan bahan itu merupakan bahan paling banyak dalam skincare korang. So, semak betul-betul okay, barulah skincare korang betul-betul berkesan. Jangan main beli je sebab berkesan dekat orang tapi dekat kita jadi lain sebab tak check dulu kandungan dia.