Menu PKP mudah – Roti jala lembut sampai esok

Kak Jah memang suka makan roti jala ni tak kisahlah cicah dengan kuah apa pun, kuah kari ke atau susu pekat manis pun layan. So untuk menu minum petang kali ni Kak Jah nak share dengan korang resipi roti jala.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan.

Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik, terus aje diangkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Makan dengan kuah manis macam kuah durian pun sedap ni, ikut koranglah.

Selamat mencuba!