Bila cakap tentang kerabu, menu yang biasa kita terbayang tak kerabu mangga, mesti kerabu maggi kan? Kalau korang nak tahu, kerabu ni sangat pelbagai tau. Boleh buat ikut kreativiti dan selera masing-masing.

Alang-alang dah bulan puasa ni, min nak share satu lagi resepi kerabu yang min jumpa. Sangat simple dan sesuai sangat buat penambah selera nak buka puasa. Terutamanya bila kita dah memasuki pertengahan bulan puasa.

Resepi ni daripada Chef Dave yang terkenal dengan sharing-sharing resepi berasaskan vegan. Okey, bahan yang korang perlukan sangat simple dan mudah dijumpai.

  • 1 bawang merah (dihiris) 
  • 3-4 cili padi (dihiris) 
  • 1 serai (dihiris) 
  • 1 bunga kantan (dihiris) 
  • 2 limau kasturi (separuh kulit limau dicincang halus) 
  • 1 cawan ikan bilis vegan 
  • Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Sediakan mangkuk  masukkan kesemua bahan diatas dan gaul sebati.

2. Separuh daripada sebiji kulit limau kasturi tu dicincang halus. kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Adjust gula dan garam secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka pun masih boleh buat. Sempat je sebab stepnya sangat-sangat simple.

Selamat mencuba!

Btw, nak lagi resepi vegan menarik, korang jangan lupa follow Chef Dave okey?

Facebook: Chef Dave Vegan Journey