Hi korang. So Kak Jah nak share jelah. Kita ni sebagai perempuan antara benda yang kita risaukan ialah usia kita hamil.
Yelah kata orang kalau hamil lewat ni banyak komplikasi lah apa lah. Tapi takpe, meh Kak Jah share dekat sini apa yang berlaku pada tubuh dan minda korang bila korang hamil usia 20-an, 30-an dan 40-an.
20-an
Tubuh: Waktu purata tertinggi seorang wanita mengandung adalah pada usia 26 tahun. Tubuh masih muda dan kuat jadi ia adalah waktu yang terbaik untuk hamil. Kehamilan di peringkat usia 20-an kurang risiko kepada kandungan. Ia juga mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara, malah usia muda juga memudahkan proses kehamilan kerana persenyawaan telur lebih tinggi, dan risiko keguguran kurang daripada 12 peratus.
Minda: Ia mungkin sedikit terganggu kerana di usia 20-an adalah waktu korang bekerja keras membina hidup. Malah kamu juga lebih senang menghadapi tekanan di tempat kerja kerana secara psikologi, kamu belum cukup matang.
Bayi: Tiada sebarang komplikasi terhadap bayi jika hamil dalam usia ini.
30-an
Tubuh: Tubuh kamu masih lagi sekuat usia 20-an. Bermakna selagi kamu masih belum mencecah usia 35 tahun, kamu disarankan hamil dengan cepat. Hamil di usia ini juga kamu perlu rajin dapatkan rawatan dan nasihat doktor kerana diabetes dan tekanan darah tinggi mula meningkat. Kadar keguguran di usia 35-40 tahun adalah lebih tinggi iaitu 25 peratus.
Minda: Kamu lebih tenang! Kamu telah melepasi peringkat kepayahan dalam kerjaya ketika usia 20-an. Emosi kamu lebih stabil kerana kamu tahu kamu sudah cukup matang dengan segala cabaran termasuk hamil.
Bayi: Selepas usia 35, risiko bayi menghidap Down Syndrome adalah sama banyak dengan keguguran. Sistem imunisasi tubuh telah menyusut jadi uols perlu mengamalkan gaya hidup sihat!
40-an
Tubuh: Jangan risau, uols masih boleh hamil secara sihat tetapi memerlukan pengawasan doktor yang lebih kerap. Kadar keguguran lebih tinggi sehingga 50 peratus dan kadar risiko menghidap penyakit seperti diabetes dan banyak lagi meningkat dua kali ganda. Tahap kesuburan juga menurun di usia 40-an, bermakna korang lebih lemah dan cepat penat.
Minda: Emosi lebih mudah terganggu. Korang mungkin mengalami simptom mudah putus asa dengan kehamilan tersebut apatah lagi kadangkala terpaksa bangun jam 2 pagi kerana berasa lapar, sedangkan korang berperang dengan perasaan di antara lapar atau sambung tidur.
Bayi: Peratusan untuk mendapat bayi kembar adalah lebih tinggi di usia 40-an. Pelik tapi fakta! Hormon tubuh korang menghasilkan banyak telur ketika ini.
Tapi, apa-apa pun, semuanya bergantung kepada Allah. Ada je orang yang hamil usia 35 tapi anak-anak sihat dan takde masalah pun. Semua tu kan rezeki uols.