Sinaran Wanita bakal membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk memulakan atau memajukan perniagaan secara atas talian dengan menyertai platform e-commerce kami. Bazaar akan menjadi satu platform yang membantu pengikut setia halaman Sinaran Wanita mempromosikan produk masing-masing dan juga tanda sokongan kami terhadap barangan lokal. Bazaar ini juga adalah satu cara Sinaran Wanita untuk berkongsi trend yang terbaru dan terkini dengan pembaca setia kami.

Kelebihan Bazaar untuk peniaga atas talian

Wanita kini boleh memilih untuk memperkasakan ekonomi dengan memasarkan produk hasil tangan mereka tanpa perlu keluar dari rumah atau memiliki kedai fizikal. Segala urusan dibuat atas talian.  

Bazaar membolehkan peniaga bekerja dengan waktu yang fleksibel serta mencipta potensi untuk menjana pendapatan tanpa had. Ia mudah dikendalikan dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Hanya perlu bungkus dan Bazaar akan urus penghantarannya! 

Bazaar juga membolehkan wanita menjana pendapatan melalui hobi atau minat mereka.  Ia membantu memaksimakan pendedahan produk disamping meluaskan lagi capaian ke atas pelanggan.

Mengapa pengguna memilih platform e-commerce Bazaar

Ramai peniaga yang telah berjaya menggunakan platform e-commerce seperti ini. Ini kelebihan untuk pengguna kerana platform Bazaar menyediakan pelbagai kategori pilihan seperti produk penjagaan kulit, kecantikan, alat solek, fesyen dan makanan sedia proses/sejuk beku.

Ia satu platform yang membantu memudahkan urusan pembeli. Tak perlu lagi keluar untuk membeli barangan yang diinginkan dan menjimatkan masa. Bazaar juga menyediakan cara jual beli yang selamat dari segi penghantaran, pulangan wang dan pemulangan barangan.

Bazaar memastikan produk yang dipaparkan mempunyai kualiti yang sama seperti yang bakal diterima pelanggan. Ulasan produk dari Sinaran Wanita dan juga pembeli lain turut disediakan untuk rujukan. Ini bagi mengelakkan pelanggan menjadi mangsa penipuan atas talian.

Ia juga platform tepat untuk mereka yang mencari produk-produk yang sesuai dijadikan hadiah/cenderahati kerana barangan yang dipaparkan adalah yang terkini. 

Bazaar menyediakan platform untuk peniaga berniaga secara PERCUMA! Semua produk yang dipaparkan telah diuji dan dinilai bagi memastikan ia bersesuaian dengan pembaca Sinaran Wanita. Ini kerana setiap peniaga yang ingin menggunakan platform Bazaar perlu menghantar gambar produk beserta diskripsinya sebelum dikehendaki menghantar sample produk bagi tujuan penilaian oleh pihak Sinaran Wanita. Hanya produk yang mencapai standard yang ditetapkan akan dipaparkan didalam Bazaar. Kami juga memastikan setiap produk di dalam Bazaar adalah berkualiti, halal dan berbaloi. 

Sertai Bazaar hari ini dan rebut peluang menjana pendapatan melalui 800K #SWLovers! Boleh PM kami di Sinaran Wanita FB atau email di [email protected] untuk maklumat lanjut. Lagi mudah korang boleh terus register disini https://sinaranwanita.com/sinaran-wanita-bazaar/. Tertakluk pada terma dan syarat.