Semalam Kak Jah tengah susun-susun menu nak masak untuk sahur dan berbuka untuk sebulan dan tiba-tiba ternampaklah pulak resepi air ni lalu dekat Timeline Facebook.
Aduhaiiii terliur terus. Ni memang favourite Kak Jah dan suami. Gabungan rasa laici, lemon dan pudina tu memang segar betul bila lalu dekat tekak kan, nak-nak lagi lepas seharian berpuasa.
Ish takkan tengok aje kan moh ler buat! Kak Jah pun dah suruh cik abang belikan laici tadi, tak beli pulak haritu! Hehe.
Bahan-bahan:
- 2 tin buah laici
- Serbuk asam limau Knorr
- Lemon 2 biji
- Sunquick 4 sudu besar
- Air gula (adjust ikut kemanisan)
- Daun pudina
Cara-cara:
- Perahkan jus lemon dan letakkan dalam satu mangkuk besar.
- Tuangkan air gula, kacau rata.
- Masukkan sunquick dan bancuhkan serbuk asam Knorr tadi tu dalam air panas sampai larut. Masukkan dalam bekas lemon tadi.
- Masukkan laici dan daun pudina
- Masukkan ais dan kacau sehingga sebati.
- Siap untuk dihidangkan!
Banyak sebenarnya menu bazar yang korang boleh cuba, maklumlah tak dapat ke bazar tahun ni kan. Selamat mencuba!