Kuih lompat tikam ni memang sejenis kuih yang rasa Kak Jah boleh dijumpai masa bulan puasa je betul tak? 

Memandangkan tiada bazaar Ramadan tahun ni, tak dapatlah nak beli kuih muih terutamanya lompat tikam ni. Mungkin kenalah belajar buat sendiri.

Okay so selepas Kak Jah kaji resepi lompat tikam, Kak Jah rasa korang pun mesti boleh buat. Jom lah tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

Bahan tepung 

  • 3 cawan tepung beras
  • Sedikit garam
  • 6 cawan air
  • Air daun pandan

Bahan kuah santan dan air gula melaka

  • Sekotak santan
  • Sedikit garam
  • Seketul gula Melaka
  • Sedikit air
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
Food on a plate

Description automatically generated

Cara buat tepung: 

  1. Campurkan kesemua bahan dalam kuali.
  2. Kacau sampai pekat dan likat
  3. Bila dah menggelembung, bermakna adunan korang dah masak.
  4. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang. Ratakan dan sejukkan ia.

Cara membuat kuah santan dan kuah gula Melaka:

  1. Panaskan santan dalam periuk dan kacau. Masukkan garam, kacau sehingga mendidih.
  2. Ketepikan.
  3. Dalam periuk lain, sediakan bancuhan gula Melaka pulak.
  4. Ambik seketul gula Melaka dan masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan air dan panaskan sehingga gula cair. Ketepikan.

Dah siap dah lompat tikam korang! Senang kan?