Sepanjang berada dalam bulan Ramadhan, bukan sahaja resepi menu-menu utama seperti nasi dan lauk pauk akan dicuba malah resepi biskut raya pun mesti menjadi pilihan.
Walaupun banyak kuih raya dijual di pasaran, tapi masih ramai yang nak buat sendiri, kerana itulah saat yang membolehkan hubungan menjadi lebih rapat dalam kalangan keluarga.
Antara kuih raya yang menjadi pilihan ramai adalah cornflakes madu kerana rasanya yang manis dan garing. Memang sedap!
Tetapi, ada juga yang kurang menggemarinya kerana agak melekit dan boleh muak kerana terlampau manis. Jadi, anda yang tidak sukakan kuih raya melekit itu, boleh cuba pula Honey Butter Cookies Cornflakes yang pastinya tidak muak.
Bahan-bahan:
- 250g butter (saya pakai buttercup je)
- 3 sb madu
- 1 biji kuning telur
- 3 sb susu pekat manis
- 1 cawan gula halus
- 500g cornflakes
Cara-cara:
1. Pukul gula dan butter hingga kembang. Masukkan telur, susu dan madu, pukulkan lagi.
2. Gaulkan bersama 500g cornflakes
3. Gaul sebati. Gunakan bekas yang banyak untuk adunan banyak.
4. Masukkan ke dalam cup, tabur warna warni. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit atau sehingga garing.
5. Siap!
Sumber: Nina Diana
uols mungkin berminat baca:
Dari menghiburkan, bertukar menjadi kontroversi gara-gara pau hangus
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!