Bila berbuka puasa ni, mommies memang kena masak sendiri sebab tiada bazar yang dijual tahun ni. Jadi, barang dapur kena complete supaya senang dekat uols nak masak apa-apa nanti.
Ini juga termasuklah kelapa parut yang berpotensi untuk berair dan berbau kalau simpan terlalu lama.
Jadi mommies boleh ikut cara ni kalau nak simpan kelapa parut.
Cara-cara:
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.
3. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
4. Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut. Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis… boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
Senang!
Sumber: Ani Zam
uols mungkin minat baca…
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun