Teringin nak minum butterbeer? Ada resepinya uols, jom try!

Selalu kalau nak minum butterbeer, kita mesti pergi kat kedai kan, sebab tak tahu cara nak buat sendiri. 

Terdapat banyak jenis butterbeer, antaranya butterbeer fudge, butterbeer ice cream dan minuman butterbeer sendiri, yang disajikan panas, sejuk dan ais. Dan paling popular ialah versi sejuk – minuman manis terdiri daripada soda dan mempunyai rasa karamel dan butterscotch yang membuatkan ramai ketagih.

Tadaa, ni ada resepinya yang uols boleh try buat time berbuka nanti. Menarik kan? 

Jom kita try! 

 Bahan-bahan:

  • 1 cawan soda krim
  • 1 cawan air soda
  • 2 sudu besar sirap butterscotch
  • 2 sudu besar whipped cream
  • 2 sudu besar sirap karamel
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1.   Mula-mula sekali sejukkan mug kaca dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit.

2.   Campurkan soda krim, air soda dan sirap butterscotch dalam mangkuk, kacau rata. Tuangkan campuran soda dalam mug yang sudah disejukkan tadi.

3.   Kacau whipped cream, sirap karamel dan garam bersama dalam mangkuk kecil. Kacau ringan sehingga menjadi foam. Boleh gunakan hand mixer.

4.   Letak campuran whipped cream atas air campuran soda. Sekarang dah boleh minum.

Dah siap!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun