Setiap kali ke pusat membeli-belah, uols pasti rasa teruja tiap kali terhidu aroma biskut yang dibakar dalam oven. Haa, itulah penangan Famous Amos. Kalau iman tak kuat mesti terjebak. Peminat tegar biskut Famous Amos mesti faham perasaan ni kan. 

Apa kata uols buat sendiri biskut ala Famous Amos ni kat rumah ikut resepi yang dikongsi pengguna Facebook Yana Aryana. Pakai air fryer sahaja. Sudah bersedia untuk mencuba? Jom! 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1¼  cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak masak 
  • 2½ cawan tepung gandum 
  • ½ cawan tepung jagung 
  • 2 cawan cip coklat 
  • ½ cawan badam cincang (jika suka)

Cara-cara:

1.   Masukkan butter, telur, gula perang, esen vanila dan gaul sebati menggunakan spatula.

2.   Sudah sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, dan minyak masak. Gaul lagi.

3.   Masukkan cip coklat dan badam, kemudian gaul lagi.

95525947_10221753851216901_6671368977140154368_n

4.   Rehatkan aduan dalam peti ais selama 30 minit.

5.   Sapukan acuan air fryer dengan marjerin. Bulat-bulatkan doh dan letakkan dalam acuan. 

*Nota: jangan besar sangat bulatkan doh nanti doh kembang, dan jangan tekan doh, nanti dia akan leper sendiri.

6.   Kemudian, bakar pada suhu 160°C selama 12 minit.

96065254_10221753849776865_280053144967184384_n

7.   Bila sudah siap bakar, keluarkan dan dalam besen dulu. Waktu ini doh lembut lagi tau sebab masih panas. Bila doh sejuk, baru keras. Siap! 

8.   Masa untuk siapkan 1 bacuhan ini dalam sejam lebih dan dapat 2 balang, 1 balang kecil dan 1 balang besar.

Selamat mencuba!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun