Macam-macam cara masyarakat di seluruh dunia lakukan bagi mengingati kesan pandemik Covid-19 ini. Ia termasuklah di Indonesia apabila sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan cetakan beg menghasilkan rekaan tote beg yang sangat kreatif.
Rekaan ini turut mendapat perhatian netizen dari negara jiran.
Arlie Percetakan Kain tampil dengan rekaan tote beg topeng. Tote beg yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan ini bermakna pembeli akan mendapat topeng sebesar ukuran beg.
Sebelum rekaan beg ini tular seorang pemilik akaun Twitter berkongsi rekaan beg ini di media sosial.
Ruangan komen Instagram Arlie Percetakan Kain dibanjiri dengan pujian netizen yang mengatakan rekaan tersebut sangat menarik.
Sehinggakan ada yang bertanya sama ada penghantaran beg tersebut boleh dilakukan ke Malaysia atau Singapura.
Tempahan rekaan beg ini dibuka sehingga 18 Mei sebelum operasi pembuatan dihentikan seketika untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dan berita baik untuk para pembeli yang bukan dari Indonesia, mereka boleh menghantar beg ini hingga ke Malaysia.
Beg rekaan topeng ini antara contoh yang menunjukkan bagaimana pembeli boleh menyesuaikan pilihan fabrik yang diingini dengan pelbagai corak yang ada.
Dalam erti kata lain, pembeli boleh menghasilkan rekaan beg daripada cetusan idea sendiri.
Dari segi harga pula, ianya bergantung kepada jenis penggunaan fabrik dan kos cetakan.
Usaha peniaga ini untuk memajukan perniagaan meskipun wabak Covid-19 belum berakhir sepenuhnya harus dipuji.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun