Rasanya kalau bab-bab membasuh baju, tidak menjadi masalah. Tapi, bila time nak melipat baju, memang bercinta betul. Sampai seminggu pun tak berlipat lagi.
Bilik stor mesti penuh dengan baju-baju yang tak berlipat. Namun, ada juga mak-mak yang suka melibat baju tapi bab membasuh tak berapa suka. Macam-macam peel kan setiap orang nie.
Kalau hanya suami isteri boleh bertimbun baju tak lipat, bagaimana pula dengan mak-mak yang anak ramai nie. Jenuh la dok bersila depan televisyen, sambil tengok rancangan tv, tangan bergerak dok lipat baju.
So mommies semua, boleh ikut cara ini!
Langkah 1
- Sediakan bakul untuk setiap anak
- Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
- Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung juga.
Langkah 2
Bila masukkan kain baju yang belum berlipat dalam bakul, kuranglah sikit rasa sakit mata.
Kalau dah asingkan, setiap satu bakul kita dah tahu siapa punya baju.
Langkah 3
Percaya tak, bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun.
Kenapa?
- Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat.
- Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
- Sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal dua. Sekali lagi, PSIKOLOGI, kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
- MOTIVASI. YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak betul nak lipat!!!
Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?
Langkah 4
Last, cara kita susun baju dalam almari anak.
Jangan susun bertindih supaya anak senang nak pilih baju. Lagi satu, tak adalah baju paling bawah langsung tak dipakai. Tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.
Langkah 5
Kalau nak susun berlapis, letak baju yang seragam. Bila nak pakai tarik je. Tak perlu bukak sampai 3 laci.
Emosi pun tak terganggu.
Bila jadi mak-mak kenalah sistematik. Esok p la beli bakul. Kikikiii..
Sumber: Syikin Zahir
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun